http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, October 30, 2010

Kemalangan Bas Di Genting Sempah – 7 Terbunuh 29/10/10

Nampaknya badi dari kemalangan ngeri bas ekspress datang lagi. Belum pun sempat kita menarik nafas lega dan menunggu tindakan kerajaan ke atas pemandu bas ekspress agar senantiasa berhati-hati bila memandu, sekali lagi kita dikejutkan dengan kemalangan membabitkan bas.
Dalam kejadian terbaru, enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam 29 oktober 2010.
Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.
Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas.
Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA
Mengikut laporan astro awani, dikatakan seramai 7 orang terkorban, namun setakat ini, hanya enam nama senarai mangsa yang dikeluarkan.
Berikut adalah senarai mangsa korban nahas :
Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.
Sumber berita: myberita.com


Lagi mengenai Kemalangan melibatkan bas ekspress  

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers