http://masmurni.blogspot.com/

Friday, October 8, 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM


Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe


Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran


Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express


Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .


Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.


2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .


3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .


4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.


5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.


6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.


Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.


7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS

( JabatanAgama Islam Selangor ),


La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM ,


Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM ,

manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana

Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.


8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .


9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.


Updated terkini 15 /10/2010


hanya 7 restoran burger king yang mendapat status halal

1.
BURGER KING AEON MELAKA
(COSMO RESTAURANTS SDN BHD)
COSMO RESTAURANTS
NO. 11 & 13, 1ST & 2ND FLOOR,
WISMA LAU CHUNG,
JALAN TUN PERAK,
TARIKH TAMAT SIJIL:15/04/2012



2.
BURGER KING ALAMANDA
(COSMO RESTAURANTS SDN BHD)
LOT. NO. LG 28 & 29,
ALAMANDA SHOPPING CENTRE,
PERSINT 1, 62000 PUTRAJAYA.
TARIKH TAMAT SIJIL:31/07/2012



3.
BURGER KING KERTEH
(COSMO RESTAURANTS SDN BHD)
LOT FF1 (LEFT WING),
GROUND FLOOR, MESRA MALL,
KERTEH, TERENGGANU.
TARIKH TAMAT SIJIL:30/10/12




4.
BURGER KING MAHKOTA PARADE
(COSMO RESTAURANTS SDN BHD)
LOT G02, GROUND FLOOR
MAHKOTA PARADE
NO. 1, JALAN MERDEKA
75000 MELAKA
TARIKH TAMAT SIJIL:14/01/2012



5.
BURGER KING PONTIAN
(COSMO RESTAURANTS SDN BHD)
COSMO RESTAURANTS
NO. 11 & 13, 1ST & 2ND FLOOR,
WISMA LAU CHUNG,
JALAN TUN PERAK,
TARIKH TAMAT SIJIL:15/04/2012



6.
BURGER KING SHAH ALAM
(COSMO RESTAURANTS SDN BHD)
NO.2, EXTREAM SPORT PARK,
JALAN LOMPAT PAGAR 13/37,
OFF JALAN PERSIARAN SUKAN SEKSYEN 13,
40100 SHAH ALAM
TARIKH TAMAT SIJIL:30/06/2012



7.
BURGER KING TUN ABDUL RAZAK
(COSMO RESTAURANTS SDN BHD)
BK TUN RAZAK AT PETRONAS SERVICE STATION.
PTB 21742,
MUKIM BANDAR JOHOR BAHRU,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,
80200, JOHOR BHARU
TARIKH TAMAT SIJIL:14/01/2012


10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.


11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi


Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.



Updated terkini 15 /10/2010

Terdapat lebih dari 41 restoren Starbuck di Malaysia yang mempunyai sijil HALAH. Sila ke laman web INI dan taipSTARBUCKS COFFEE.

6 comments:

..:akyn:.. said...

tengs 4 da info..

toyolkiut said...

info yg bagus utk rujukan..
slalunye yg glamer adalah pada nama dan iklan kan..halal haram xde yg amik kisah..

eZmALiZa said...

good info..arini boleh makan mekdi puas2..hehehe... :)

Anonymous said...

info yg bagus utk rujujkan

masmurni said...

klu ada senarai yang terbaru saya akan update k...

cikdamia sahaja. said...

sangat berguna info nieee . done follow ur blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers