http://masmurni.blogspot.com/

Monday, October 25, 2010

The 7 dangerous acts after a meal





Melakukan sesuatu atau memakan sesuatu selepas menjamu selera makan tengah hari atau malam anda, akan menyebabkan berlakunya beberapa tindakbalas di dalam tubuh anda. Tindakbalas ini akan mempengaruhi kesihatan tubuh anda. Berikut adalah 7 perkara yang tidak dibenarkan selepas makan:


1. Jangan merokok:
Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. Ini sekaligus meningkatkan risiko menghidap kanser.


2. Jangan makan buah-buahan:
Memakan buah-buahan sebaik habis makan,
akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung).
Oleh itu, makan buah hanya selepas setengah jam atau 1 jam sebelum makan.


3. Jangan minum teh:
Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi.
Ia dapat mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar
untuk dihadam dan dicerna.


4. Jangan longgarkan tali pinggang anda:
Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan
menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat.


5. Jangan mandi:
Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke
kawasan perut anda.
Ini adalah kerana darah akan lebih cenderung mengalir ke bahagian tangan,
kaki dan kawasan tubuh yang lain.
Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.


6. Jangan berjalan-jalan:
Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem
pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan.


7. Jangan tidur:
Jangan tidur sebaik menghabiskan hidangan anda.
Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik.
Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.

3 comments:

Solihin Zubir said...

tapi kebiasaannya ramai orang akan merokok selepas makan.. adeyhh.. padan muka.. sapa suh merokok kan.. degil.. huhu..

Anonymous said...

yg ke.6 itu salah..hambe bangkang!
dlm agama di suruh kite slps mkn langkah 40 kali..

masmurni said...

solihin: kan...hehe

uruchimaru:klu ikut pemahaman akak la kan..berjalan2 ni maknanya berjalan yg jauh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers