Sudah ada kalkulator di tangan? mudahnya pengiraan fidyah.
Sebelum itu mari kita memahami apa itu FIDYAH.
Pengertian Fidyah
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB.

Kadar Fidyah
1 hari dendanya = 1 cupak = 1 mud
makanan asasi. Bagi Malaysia ianya adalah beras.
1 hari dendanya = 1 cupak = 1 mud
makanan asasi. Bagi Malaysia ianya adalah beras.
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4
RM.............(Nilai Zakat Fitrah Semasa) / 4 = RM.............
RM.............(Nilai Zakat Fitrah Semasa) / 4 = RM.............
Fidyah Untuk Golongan Tidak Wajib Ganti / Qada' Puasa
- Tiada Gandaan
Tidak wajib qada puasa tetapi wajib bayar fidyah pada tahun tersebut.
Tidak wajib qada puasa tetapi wajib bayar fidyah pada tahun tersebut.
Contohnya;
1. Orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa
2. Orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan
Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya :
15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 / 4 (Kadar Fidyah)

= RM 140.63
Fidyah Untuk Golongan Yang Wajib Ganti / Qada' Puasa
- Dengan Gandaan
Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :
Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :
- Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
- Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan
Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya :
15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun, sila rujuk jadual di bawah) x RM 7.50 / 4 (Kadar Fidyah)

= RM 421.90
Anda juga boleh menggunakan Kalkulator Fidyah
Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
- Johor Bahru, Johor, Malaysia
- Pensyarah Pengajian Islam IKM JB, Aktivis HALUAN, Penceramah Bebas, Penceramah Motivasi, Advisor PrudentialBSN Takaful.
- Email : asshafiee@gmail.com
1 comments:
pening kpla tengok gandaan die...oleh itu, jgn lpa gnti puasa...hihi
Post a Comment