http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, May 29, 2013

Solat Sunat ISYRAQ untuk Keberkatan Rezeki



 
Waktu Syuruk di ladang tulip. Solat Sunat Isyrak dilakukan antara 12-27 minit selepas Syuruk

Syaqiq Balki seorang Ulamak terkenal (ahli sufi) pernah berkata :
5 Perkara dapat diperolehi melalui 5 Saluran :

1- Berkat Rezeki diperolehi melalui ISYRAQ

2- Cahaya di dalam kubur diperolehi melalui TAHAJJUD

3- Memudahkan jawapan semasa pertanyaan Munkar & Nankir melalui TADARUS Al-Quran.

4- Memudahkan laluan semasa melintasi Titian Sirat adalah melalui PUASA & SEDEKAH

5- Menempah sebuah bilik dibawah Naungan Arasy Allah s.w.t adalah melalui ZIKRULLAH


Waktu Solat Isyraq

Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)


Cara Melakukan Solat Isyraq 
(boleh terus diamalkan sementara doa dihafal kemudian)

1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:




2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
3.     Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”



4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
                    Atau;
      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.

5.     Selepas salam bacalah doa ini;

 

10 comments:

Unknown said...


salam ukwah
zara follow blog mama..=)
#1460

Unknown said...

tengs for the info.. amal follow sini

masmurni said...

thanks zahara, cik amal... :)

Mizz Aiza said...

nice sharing..
salam kenal.. singgah & follow di sini.. :D

Tengkubutang said...

hai.. salam kenal,
follower no.1537
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

heliconia said...

thanks 4 sharing..

salam ukhwah

http://icamdyasin.blogspot.com/

NASS said...

Assalamualaikum, saya ingin bertanya..boleh berikan contoh masuknya waktu solat sunat isyraq dalam taqwim islam 2014 sekarang di selangor? syuruk dalam taqwim islam 2014 adalah pada pukul 7.00 a.m., jadi pada pukul berapa kita boleh menunaikan solat sunat isyraq ni? saya tak berapa jelas yang kira-kira 12 minit hingga 27 minit tuh, tapi saya sudah faham tempoh solat sunat isyraq ni singkat iaitu selama 15 minit sahaja. mohon jelaskan. terima kasih :)

Norazila Azmi said...

Mira fiqah- wsalam...sy tlg jwb ya...ada smartfon tak..install saje waktu solat..nt ade utk masa isyraq tempat kita skali...

Unknown said...

12 minit selepas waktu syuruk dah bole buat solat sunat isyraq.

Tempoh solat sunat isyraq hanya 15 minit sahaja.

Jika syuruk pada 7am jadi 7.12am sis dah bole mula solat sunat isyraq dan pada jam 7.27am waktu solat isyaq dah pun tamat.


7.12am -7.27(15minit).

Unknown said...

So... Waktu israk pkul brape waktu malaysia??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers