http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, May 9, 2012

Novel Terbaru Anis Ayuni - Kejora Di Langit Cinta




Tajuk: Kejora di Langit Cinta
Penulis: Anis Ayuni
ISBN: 978-983-124-781-5
Harga: RM23.00
Halaman: 528


Sinopsis: Nur Faradila bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.


Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.


Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahim Hakimi yang suatu ketika dahulu ‘liar’ berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.


“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.”


5 comments:

p[A]n[A]d[0]L© said...

akak dah baca ker buku nie?
best ker kak? :)

masmurni said...

baru sangat keluarnya... nak pi cari.. akak baca tajuk pun da teruja nak baca... :)

Lydia Miza said...

yeayy..br leh komen. nak pinjam....kita tukar2 ngan adik nyer nak?

Akak Kembang said...

menarik :)

Unknown said...

di mane saya boleh dapatkn novel kejora di langit cinta di kuantan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers