http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, October 20, 2010

Anak Cermin Kepada Kita


Anak kita adalah cermin diri kita……..


Sifat Kanak-kanak

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun

;lasak

;ingin mencuba apa sahaja yang dilihat

;mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’.


;ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

;tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana

;tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa.

;perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang

ingin diterokai


Komunikasi Kanak-kanak

Kanak-kanak mempunyai komunikasi sangat terhad

Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang bahasa dan mengenai sesuatu perkara.

Mereka baru sahaja belajar bercakap

Ibu bapa selalu tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

kekecewaan kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi menjadilah anak menjerit, membaling barang,

memusnahkan permainan dan sebagainya.



Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya. Jadi siapakah yang bersalah?

Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.



Ada beberapa cara yang boleh diberikan untuk kita berusaha mengatasi masalah ini.



1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa.

-Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian

kepada ibunya.

-cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya.

-tinggalkan sebentar apa yang kita lakukan dan berikan perhatian kepada anak.

-pandang mukanya dan tatap matanya.

-berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak?

- eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.



2. Sebaik sahaja kita pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,


-luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak.


-Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb.


-Berikan perhatian pertama kita kepada anak.


-Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau

di nurseri/tadika.


-Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya.


-Bermain-main dengannya lebih kurang 1/2 jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb.


-Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah

diperolehi.


3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh”

-sekiranya anak perlukan sesuatu dan kita tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk

layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.


- jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana kita sedang mengajar anak

agar tidak menghiraukan kita.


- sekiranya kita pula yang memanggilnya. Cara yang paling berkesan untuk meminta anak-anak

mendengar kita ialah dengan kita mendengar suara keinginan anak2 terlebih dahulu.


- Kita tidak boleh menjangkakan anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak

menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita.


- buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4. Cuba fahami personaliti anak.

-Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri.


-Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan
sebagai personality Sanguine.


-Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian

kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan

kuat dsb.


-kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka

menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.


-Sekiranya anak suka menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan

menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

-Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut

memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat

perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, suruh dia lakukan perkara

yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.


-Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika

kita dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai

positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak

menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan

tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan.


-Tumpukan perhatian kita terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak

dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan kita mengubah sifat

negatifnya.


-Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap

kali kita berinteraksi dengan anak.


-kita boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya.

-Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan

harapan tuan/puan kepadanya.


Contoh: ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’.


-Sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan.


-Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada

negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’.


-Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan

berulangkali.Boleh juga membacakan surah AlFatihah,Ayat Kursi dan 3 Kul

setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.


Mendidik anak tidak mudah


Jangan buat tidak peduli pada anak dan cubalah memahaminya.


- dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.

- bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah

meneroka alam sekeliling.

- anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan.

- ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak.

- baca buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara

menghadapinya.

- Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap

kita sebagai ibubapanya.



8 comments:

one2paii said...

betui2..jgn sekali2 putuih asa ngan saya gak tau..daripada(anok yang kiut)

masmurni said...

anak-anak mama mmg kiut2 belaka..hehe

sibersensasi said...

tips tips yg baik...

pN.rOs said...

memang pon....
anak2 ni adalah kita di masa hadapan....
memang sesuatu yg sangat mencabar mendidik anak ni..
kadang2 memg boleh hilang sabar tp bila ingat balik dulu aku juga pernah jdi seperti merekakan.. kenapa mak aku boleh jaga dengan kasih sayang yg terlalu banyak....

PCL said...

Salam, sungguh panjang lebar peneranganya dan penuh bermakna..

Setiap perkara yg baik ditauladankan kepada mereka...mudah2an ia akan berterusan ke genarasi yang akan datang.

terima kasih bnyk2.

DaYaU said...

thanks for the entri... amat bermanfaat baru yang nak peroleh cahaya mata... tapi utk ttapan umum bermanfaat jugak... boleh belajar serba sedkit..

aman_arab said...

baguih dok ada tips nih..balik nanti aku try test tengok..

Ard said...

anak anak permata...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers