http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, October 7, 2010

Masalah Cacing...Jaga Anak-Anak Anda!!!!

Ngeri bila tengok video nih...
budak nih baru 3 tahun...
umur sebaya dengan anak saya Alya Husna..
kecik la tuh...

moralnya..
jaga kesihatan,
persekitaran,
pemakanan dan
kebersihan anak-anak...







Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak…
terutama yang selalu keluar rumah tidak pakai selipar,
makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak,
terutama di kawasan rumah yang kurang bersih -seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.


Cacing-cacing yang popular di Malaysia;

Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..

Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..


Antara tanda-tanda anak yang kecacingan(bergantung pada jenis cacing):

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam

* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung

* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada

* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

* Demam, ruam-ruam badan, alahan

* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)



Apa yang anda perlu buat :

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing

2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah

3. Potong kuku pendek

4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging

5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah

6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka

7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.

8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar

9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing

1.
Albendazole/mebendazole

Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2.
Pirantel Pamoate

Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada ibu bapa,jika mempunyai anak yang berdepan dengan masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. sila bawa anak ke klinik secepat mungkin…

2 comments:

Unknown said...

mengerikan..
sebab tu la setiap 6 bulan amik la ubat cacing..
kuman "prestasi..." Entry

Gadis Kampung said...

Jom join contest saya boleh menang RM101.00 di http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/10/join-my-contest-be-my-followers.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers