http://masmurni.blogspot.com/

Friday, October 29, 2010

Perkara-perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Ketika Tidur..


Adakah kita semua tahu perkara-perkara yang tak sepatutnya dilakukan ketika tidur???haha...sebenarnya ramai yang dah tahu kan...tapi saja nak bagi tau sekali lagi..mungkin ada yang dah lupa dan terlepas pandang..tapi semua ni penting walaupun nampak seperti perkara remeh temeh...




1. Jangan tidur bersama jam tangan.
 Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit   sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda. 






2. Jangan tidur dengan telefon bimbit. 

  Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak
 digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis 
gelombang yang tidak elok untuk kesihatan. 






3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat. 

Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena. 




4. Jangan tidur dengan bra.

Bagi perempuan, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam akan menambahkan risiko barah tersebut




5. Jangan tidur dengan seluar dalam. 

Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la 'boxer' yang longgar dan selesa.
 Sayangilah Mr Z anda. 




6.  Jangan tidur tanpa seurat benang.

Hal ini penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda? hehe..



Semoga tips di atas menjadi panduan untuk semua...
sekadar berkongsi infomasi...










2 comments:

Jun said...

hi mas, hahahha...dlm byk2 perkara diatas, yg last tu x mungkin la kot, hehe

alinac lover said...

thanks share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs