http://masmurni.blogspot.com/

Friday, October 15, 2010

4 GOLONGAN LELAKI YANG KE NERAKA..




Pertama:-



'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-


anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama


seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak


perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi


kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:-



'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk


isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi


untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan


diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka


dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:-



'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga


maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementing


keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.


Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:-'



Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal


kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal


dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak..


Nantikan tarikan ibunya.




Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di


akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah /


suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar


tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-



" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,


di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."



Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak


lelaki anda.. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah


ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..




Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan


tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.



ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim


masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH


S.W.T.



Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.



AMIN YARABBALALAMIN

16 comments:

ctpayong said...

namun segelintir yang dinamakan lelaki di zaman ini seperti "harapkan pagar, pagar yang menimpa padi", sedang tanggungjawab lelaki sangat berat di sisi agama.

semoga kita berani nasihat menasihati sesama sendiri, amin.

fendi_scropio said...

salam...sbnrnya manusai hari ini banyak yang buat silap xkira lelaki r wanita...sbb tu la anak2 nie kite kne pupuk n tarbiah dari kecik lagi...parent plak jgn la wat hal sendiri...kesian ank2 nak membesar...faktor persekitaran amat memainkan peranan dalam tumbesaran anak2

Aretikz said...

Peringatan untuk diri sendri dan juga untuk wanita.. Huhu.. Seramnya.. Mak, adik, bakal bini yg tak tahu sepa, bakal anak perempuan yg insyaAllah ada.. sama2 kita kerjasama.. demi kebaikan diri di dunia dan akhirat.. eh? napa berucap kat sini pula.. hehe..

toyolkiut said...

nasihat jg teladan buat semua tidak kira lelaki atau wanita..
terima kasih!

Solihin Zubir said...

semakin ramai golongan2 ini..
nauzubillah.. mintak simpang laa..

hani said...

hani nak tulis kat sbox tak boleh...

gdoupt_monster71 said...

minta2 aku dijauhkan dari 4 golongan 2...amiiin

Fuziani JSR said...

Tanggunjawab seorg suami begitu berat... sebagai isteri, wanita haruslah sentiasa mengingatkan.... Semoga Allah mengampuni dosa2 hanmaNYA.

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

ade sesetgh laki zaman sekarang lagi suka yg dedah sana sini . yg tu mcm mana nk buat? tp artikel ni bagus sgt :)

Hairil Rizal said...

Saya pun tk dapat nk tulis kat sbox tu...

Apa-apapun, terima kasih kerana ingat mengingati

:)

NURULekmiRabat said...

besaqnya tanggungjawab mereka bezar juga balasan yang mereka kena tanggung if tak laksanakan. Saya br dgr psl lelaki dayus kt ceramah..betapa ramai husband leh jatuh level dayus kt m'sia skang..

gdoupt_monster71 said...

shout box x leh nak tulis..kenape ye?

Blog Leader said...

berat tau tanggungjawab suami.. Tu pasal u all kene g kursus kawin baru tau tanggungjawab masing²

xcaya baca kat entry blogleadertalk.blogspot.com aku

Mat Ganu said...

wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..

Hairil Rizal said...

Menumpang msg kat sini kejap...

Mari ke Warlord's Armoury..ada mini entry about u! :)

a.samad jaafar said...

alhamdulillah..penyuci jiwa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs