http://masmurni.blogspot.com/
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Kek Coklat Moist (Sesi bagi orang terliur..hehe)

 Cheh...cheh...ni sesi nak bagi korang jeles...hahaha..

Nak tunjuk kek nih...

hehehe....

Sambil blogwalking sambil makan kek...






 Yang ni kek moist selepas dipotong






Yang ni plak yang telah dihias dan sesuai untuk kek besday

kek coklat moist n fresh cream




Jeles tak????

hahaha...


Saturday, November 20, 2010

Keluarga Berry - Rasberry (siri 1)

Just nak berkongsi info tentang keluarga berry.Ok..untuk siri yang pertama ni..kita kenal dulu dengan keluarga berry yang pertama iaitu buah raspberry atau ejaan melayunya rasberry...


Rasberry ada tiga jenis sebenarnya..


 1.Jewel 

    warna :hitam, saiz:standard, sesuai untuk dibuat jam atau perasa. 






 2.Heritage

    Warna: merah,Saiz biasa,warna menarik,sesuai dibuat perasa tambahan,




3. Anne,

    warna kuning pucat,saiz yang lebih besar,manis





Resepi berasaskan buah rasberry:


Muffin Rasberry


Bahan² 
2 cawan tepung serbaguna 
1 sudu besar baking powder 
1/2 sudu teh garam 
6 sudu besar mentega, dilembutkan pada suhu bilik 
1/4 cawan gula perang 
2 biji telur 
1 cawan rasberry dalam tin, ditoskan 
1/2 cawan susu segar 
1/2 cawan krim 
2 sudu besar hirisan badam 

Cara² 
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. 
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul krim, mentega dan gula. Masukkan telur satu persatu, diselangi dengan rasberry. Masukkan bahan yang telah diayak dan kacau rata. 
3. Sendukkan adunan kedalam mangkuk muffin yang telah disapu dengan mentega dan taburkan hirisan badam diatasnya. 
4. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 25 minit. 

Selamat mencuba ....


bersambung ye.....

gambar dan sumber:google

Thursday, November 18, 2010

Jom Buat Bluberry Cheese Tart Sendiri





Suka sangat dengan cheese tart nih...pernah cuba buat ikut resepi ni..
first time buat dah pun menjadi..resepi ni mudah sangat..tapi terlupa ambil kat mana..hehe
sesape yang minat dengan cheese tart apa kata try buat sendiri..mesti best kalau dapat makan hasil tangan sendiri...

Bahan-bahan


( 50 biji utk small size acuan tart)


 Bahan untuk Sweet Pastry:- 


• 125 gm mentega / margerin 
• 60 gm gula aising 
• 1 biji telur  
• 240 gm tepung gandum 

Bahan untuk Cheese Filling(inti):- 


• 250 gm cream cheese 
• 50 gm gula aising 
• 20 gm mentega (lembutkan) 
• 1/2 sudu besar perahan lemon 
• 1 biji telur  
• Blueberry pie filling 




Cara-cara 

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. 


2. Untuk membuat sweet pastry: 

-pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart. 

3. Untuk membuat cheese filling:

-pukul cream cheese, mentega dan gula aising hingga bercream. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul. 

4. Sendukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan di atas dengan blueberry filling dan susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 



Klu kreatif.kita boleh buat cheese tart tadi dengan pelbagai cara










gambar by google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers