http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, November 18, 2010

Jom Buat Bluberry Cheese Tart Sendiri





Suka sangat dengan cheese tart nih...pernah cuba buat ikut resepi ni..
first time buat dah pun menjadi..resepi ni mudah sangat..tapi terlupa ambil kat mana..hehe
sesape yang minat dengan cheese tart apa kata try buat sendiri..mesti best kalau dapat makan hasil tangan sendiri...

Bahan-bahan


( 50 biji utk small size acuan tart)


 Bahan untuk Sweet Pastry:- 


• 125 gm mentega / margerin 
• 60 gm gula aising 
• 1 biji telur  
• 240 gm tepung gandum 

Bahan untuk Cheese Filling(inti):- 


• 250 gm cream cheese 
• 50 gm gula aising 
• 20 gm mentega (lembutkan) 
• 1/2 sudu besar perahan lemon 
• 1 biji telur  
• Blueberry pie filling 




Cara-cara 

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. 


2. Untuk membuat sweet pastry: 

-pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart. 

3. Untuk membuat cheese filling:

-pukul cream cheese, mentega dan gula aising hingga bercream. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul. 

4. Sendukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan di atas dengan blueberry filling dan susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 



Klu kreatif.kita boleh buat cheese tart tadi dengan pelbagai cara










gambar by google

8 comments:

Nasz said...

Thanks. Nak cuba! Hee~ (:

ZACK ENTRY said...

tiba-tiba terasa lapar lak..>.<

masmurni said...

try la buat ye nasz..

sila2 zack ..makanan dah dihidangkan tuh..hehe

Branded Factory Price said...

sodap2.. hehe.. tp ak laki.. tangan keras.. :P

kEy said...

sedapnye.................huhuhuhu.............nak dtg umah mkn leyh ke? hahahaha!~

anamizu said...

wahh sgt sedap ^^

siti said...

yg trim tue sye x paham la kak??

masmurni said...

trim tu nk bg cantik tepi shell/kulit tart tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers