Siapa yang tak suka coklat??semua suka kan...
daripada kanak-kanak hingga ke orang dewasa...
daripada kanak-kanak hingga ke orang dewasa...
Hari ni nak berkongsi cerita mengenai coklat...
Menurut wikipedia:
Keunikan bentuk,rasa dan corak menjadikan coklat begitu istimewa.Coklat memberi pengertian berbeza mengikut masa,tempat dan keadaan.Coklat sebagai satu medium yang menghubungkan rasa sayang,cinta,harapan,simpati dan penghargaan tanpa perlu diungkap dengan kata-kata.Coklat mampu memberi sinar kegembiraan kepada sesiapa yang menerimanya.Setuju tak?(hanya pendapat peribadi)
Secara Ringkas Sejarah Coklat...
Kita makan coklat,tapi kita tahu ke dari mana asal coklat dan cara menghasilkannya??
Menurut Wikipedia:
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara hingga ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.Dalam buku Emperors of Chocolate, Joel Glenn Brenner menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang dominan. Malah, sebahagian dari zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.
NILAI PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU
Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)
Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)
ZAT | COKLAT PUTIH | COKLAT SUSU |
Kalori | 168 | 205 |
Protein gms. | 8.5 | 7.0 |
Kalsium gm. | 0.20 | 0.26 |
Fosforus | 0.22 | 0.22 |
Vitamin A I.U. | 375 | 338 |
Tiamin mg. | 0.08 | 0.07 |
Riboflavin mg. | 0.41 | 0.37 |
Niasin mg. | 0.21 | 0.25 |
Sumber : Persatuan Pengilang Coklat
Peratus Tenaga Dari Protin, Lemak Dan Karbohidrat Dalam Coklat Susu Dan Tanpa Susu
Jenis |
% Sumbangan Tenaga
| ||
Protein | Lemak | Karbohidrat | |
Coklat Kosong | 4% | 57% | 39% |
Coklat Susu | 7% | 52% | 41% |
Coklat Putih | 5% | 51% | 43% |
Apakah Jenis-Jenis Coklat Yang Terdapat di Pasaran?
Terdapat banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong.
|
2 comments:
Menarik sekali artikel ini,memang aku sendiri juga suka coklat
i like coklat very much! hihi xkira r org kte menggemuk kn,jnji bila mkn coklat suzie jd xtensen.yeah!
Post a Comment