http://masmurni.blogspot.com/

Sunday, August 29, 2010


Bahan-bahan diperlukan:

- Beberapa biji strawberry terpilih.
- Coklat masakan.
- Susu cair

Cara membuatnya:

beberapa biji strawberry yang segar .coklat masakan dicairkan dengan kaedah 'double boil'

apabila coklat telah cair,tambahkan susu cair mengikut citarasa anda.kalau suka coklat yang cair,tambah lebih sikit susu cair.
Setelah mendapat kadar pekat coklat yang dikehendaki, celupkan strawberry ke dalam coklat.

Setelah itu, susuh elok2 dalam pinggan.hiaskan mengikut citarasa anda.masukkan ke dalam peti sejuk seketika sebelum menikmati rasa strawberry coklat buatan sendiri...

selamat mencuba...


Saturday, August 28, 2010

Wanita dan Kelebihannya...



kelebihan seorang wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Api! Api! Api!

Tetiba pagi tadi penduduk Taman Puchong Perdana digemparkan dengan kejadian kebakaran. Bukan rumah yang terbakar ye......tapi rupa-rupanya tempat pembuangan sampah yang terbakar...hehe

Punca kejadian tidak dapat dikesan....tapi rasanya tak logik kalau ada orang buat khianatkan..hahaha.Tamatlah riwayat segala sampah sarap dan segala jenis kuman perosak yang tinggal di situ...

Inilah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa kejadian itu...ada video kejadian sebenarnya tetapi gagal di'upload' la pulak...walauapapun ini je lah yang dapat dikongsi bersama....

a)pemandangan dari belakang lori




b)pemandangan dari depan lori(tempat pembuangan sampah sebelah sini ok jer...tak teruk sangat.Alamak,baru perasan....terlupa nak ambil gambar tempat tu selepas kejadian...
'




Thursday, August 26, 2010

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 2010 Malaysia Menjana Transformasi






MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Itulah laungan keramat setiap kali pada 31 Ogos setiap tahun.Adakah suasana dan penghayatannya sama seperti kali pertama kita merdeka??? Adakah semasa kita melaungkan ucapan 'merdeka' itu seiring dengan penghayatan jerih perih nenek moyang kita untuk mendapatkan kemerdekaan dahulu? Adakah kita dapat merasakan erti kemerdekaan yang sebenarnya???fikir-fikirkan....Hayati bait puisi-puisi ini.Semoga dapat dihayati perjuangan dan pengorbanan dalam mencari erti kemerdekaan.


BAPA KEBEBASAN

(Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra)

Dialah yang memugar rimba sejarah
dan meletakkan batu tanda bertatah indah
dialah yang membina sempadan gagah
antara musim terjajah
dan gerbang waktu melepas gundah.

Dialah yang bergelar bapa
mewariskan sebidang tanah menganjur,
dengan bukit-bukau hijau mengimbau
disuburi jernih air sungai masyhur
bumi subur warisan leluhur.

Dalam lembut bicara semanis kata-kata,
dia menolak cengkam tajam
dari kuku-kuku hitam yang kejam
mengikis karat musibat
dengan minda yang padat berkat
lalu dia kembali melepaskan merpati
melayah di mega pelangi.

Dia yang meletakkan makna merdeka
dalam kamus peradaban bangsa
lalu kita meluaskan aksara
mencanai istilah bertuah
sehingga anak-anak warisanmu
berdiri di persada mercu restu
menjamah madu syahdu
dari embun di rumput baldu

31 Ogos tanggal keramat
dia meletak tapak kebebasan di bumi warisan
tahun demi tahun kita kenang dalam insaf
betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah.

Dialah bapa !
yang telah mewariskan pada kita
sebuah kemerdekaan
yang perlu dipertahankan.

Ghazali Lateh
Banting, 11 Jun 2000


puisi ini pernah disampaikan oleh DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken Garden, Putrajaya dan bait-bait puisi yang pernah disampaikan oleh Datin Seri Endon Mahmood.


NEGARAKU TERBILANG

Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,
jauh sudah rupanya negaraku mengembara.

Fikiran menggugah zaman remajaku,
Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi disana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira tak didendang.

Di luar sempadan ada cabaran,
Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,
Pelbagai daripada yang menyendiri,
Percaya daripada mencurigai,
Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.

Di sini di bumi ini,
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,
Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah
Cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI


TANAH JANTUNG

Ini negeri kita
Negeri kasih
Kasih kita pada yang tak berbelah
Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah

Kita genggam sejarah
Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah
Gundah beradap akhirnya terlerai
Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai

Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa
Jatuh dan bangun anak ank bangsa
Kenal makna fahami erti slogan warga
Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa

Ini ibu pertiwi kita
negeri tercinta
Cinta kita yang setia terukir
Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir

Alirnya memercikkan cita
Cita kita memercukan jaya
Jaya ini kelak menjulangkan maruah
Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah

Selamatlah kau tanah jantungku yang indah
Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua
Petamu keplaj sudah
Udaramu camilha akhirnya
Melindung memayungi
Bumi kekasih ini

Ini negeri kita
Diukir ikrar dan kata
Dikibar jalur gemilang merata
Senandung dan nyanyi bernafas setia

Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantung
Dari perut laut hingga ke puncak gunung
Awan-gemawan tanah air gemilang
Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya
untuk kau negeri yang kukasihi.

Dideklamasika
n oleh Datin Seri Endon Mahmood



Wednesday, August 25, 2010

Kes Penyamaran Cik Miky???


'Akhirnya.......Polis siasat individu menyamar Tunku Mahkota Johor dalam Facebook
2010/08/25- metro

JOHOR BAHRU: Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang dipercayai menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim pada laman sesawang Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung penyamaran itu semalam dan siasatan mengenainya sedang dijalankan mengikut Akta Hasutan 1948.

"Siasatan terperinci sedang dibuat oleh Polis Kontinjen Johor bersama Bukit Aman untuk mengesan individu yang terbabit," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.


Mohd Mokhtar berkata, penyalahgunaan laman sosial itu adalah perbuatan serius lebih-lebih lagi membabitkan institusi diraja.


"Keterbukaan di laman sosial kena ada batasan. Kalau kita tulis sesuka hati, ini boleh mengundang masalah. Jadi, kita kena patuh kepada undang-undang," tegasnya.


Laman sosial Facebook itu dipercayai dikendalikan oleh seorang individu bergelar "Miky" mempunyai "Diari Harian Tunku Mahkota Johor", "Tengku Ismail" dan "Tunku Mahkota Johore (Penasihat Utama TMJ)" dan dikatakan mempunyai kira-kira 10,000 peminat ketika akaun itu masih aktif beberapa hari lalu.


Selain memuat naik gambar dan aktiviti Tunku Ismail, individu itu juga melayan komen-komen peminat yang menyangkakannya dirinya ialah TMJ.


Akaun berkenaan kini sudah dinyahaktifkan dan beberapa kumpulan yang menentang tindakan individu terbabit ditubuhkan bagi menggesa tindakan undang-undang segera diambil terhadap individu berkenaan.


Penyamaran sebagai TMJ itu adalah kejadian terbaru yang mencemar institusi diraja Johor selepas penggunaan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada kain rentang sebuah parti politik di negeri ini, awal bulan ini.-Bernama

Koleksi Kuih Talam


Kuih Talam ada banyak jenis.Ada talam pandan,talam,ubi,talam,keladi,talam jagung,talam labu dan beberapa jenis lagi.Kenapa dipanggil kuih talam???hahaha jawapannya sangat mudah..sebab..kuih ni dibuat dalam talam :)

Mula sekali nak berkongsi resepi talam pandan.Kuih favorite aku nih.....resepi ni diambil dari joayee.Dah cuba buat sendiri..hasilnya...sedap sekali(bukan sebab aku pandai buat kuih ni..tapi resepi yg ok!!)


Resepi Talam Pandan


Bahan-bahannya ( 15 org=2 loyang )

  • LAPISAN BAWAH-HIJAU:*
  • 1 1/2 cwn gula
  • 2 1/4 cwn tepung beras
  • 1/3 cwn tepung gandum
  • 5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
  • 1 1/2 tbs air kapur
  • LAPISAN ATAS-PUTIH:**
  • 1/3 cwn tepung beras
  • 3 cwn santan
  • 4 tbs tepung jagung
  • 1 tsp garam

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tak bergentel. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan gula hancur
  2. Isikan dalam acuan yg di sapu minyak. Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.
  3. Campur semua bahan **. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
  4. tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
  5. pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata.
  6. Biar betul2 sejuk baru potong.


Resepi Talam Labu (pun aku suka kuih ni)


BAHAN LAPISAN BAWAH :-)

100 g labu yang siap dikupas, kukus hingga lembut dan lecek halus

50 g gula halus
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
Secubit garam
Beberapa titik pewarna kuning

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
200 ml santan
20 g tepung jagung
2 camca besar tepung beras
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak (mat guna mentega). Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 "lapisan bawah', kecuali labu lecek, kacau hingga rata dan sebati, kemudian tapis. Masukkan labu dan kacau rata. Tuang dalam tin, tutup permukaan tin dengan aluminium foil foil dan kukus 15 minit dengan api sederhana.
  3. Bancuh semua bahan "lapisan atas", kemudian tapis. Tuang perlahan atas no 2 tadi, tutup kembali dengan aluminium foil dan sambung mengukus lagi selama 20 minit. Buka aluminium foil dan biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong....
Seterusnya:
Resepi Talam Ubi



Bahan-bahan ( satu keluarga yang besar )

  • Lapisan bawah
  • 1 kilo ubi kayu [mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan ubi tu
  • 2 cawan air
  • 1 cwn gula merah
  • 1 cwn gula pasir
  • Bahagian atas
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan tpg beras
  • 4 1/2 cwn santan - 1 biji kelapa
  • 1 sk garam

Cara-cara

  1. panaskan pengukus
  2. air, gula merah dan gula dimasak hingga mendidih
  3. gaul dengan ubi kayu hingga rata dan kukus lebih kurang 20 minit
  4. campur semua bahan bahgian atas, kacau dan taoiskan
  5. kacau atas api sebentar lebih kurang 10 minit, jgn berhenti mengacau, pastikan api perlahan.
  6. Bila bahagian bwh dah masak cakar dengan garpu dan tuang bahagian atas perlahan-lahan. kukus 20 minit lagi
  7. tunggu sejuk dulu untuk potong supaya potongannya menawan.....
Resepi Talam Keladi


Bahan-bahan ( Loyang 10 x 10 cm )

  • Bahagian Atasnya :-
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 st. garam
  • 1 st. perwarna purple
  • Bahagian Bawahnya :-
  • 4 cawan santan cair
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan keladi dadu siap rebus
  • 1 biji telur
  • 1 st garam

Cara-cara

  1. Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu.
  2. Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula keladi dadu tadi dan digaul rata dan tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelaha.Selamat mecuba.

Resepi Talam Jagung

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana )

  • 1 cwn jagung cream
  • 2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 3 1/2 santan pekat
  • 1 cwn gula
  • *Bahan Atas*
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 4 1/2 cwn santan
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan bawah. kacau sebati. Masukkan dalam loyang- kukus 45 min.
  2. Campur bahan atas dlm mangkuk lain, tapis dan kacau atas api selama 10 min.
  3. Setelah lapisan bawah siap, tuang bahan untuk lapisan atas dan kukus selama 20 min.
  4. Sejukkan sebelum dipotong. selamat mencuba.



Talam Suji Mocha

Sujimocha

Bahan-bahan ( talam sederhana (apprx 20 org makan) )

  • ** Bahan Atas**
  • 3 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar mocha paste
  • ** Bahan Bawah**
  • 2 cawan tepung suji
  • 6 cawan santan cair
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 cawan gula

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan untuk bahagian bawah. Kacau atas api sederhana hingga pekat, jgn sampai keras(edit). Kemudian pindahkan ke dalam loyang. Ratakan. kemudian kukus selama lebih kurang 15 minit (bila tekan dengan tangan, bancuhan tak melekat kat jari).
  2. Sementara itu, sediakan pula bahagian atas. Satukan semua bahan. Tapis. Kemudian Tuang ke dalam loyang (yang dah sedia dengan bahagian bawah tadi). Kukus sehingga masak. (saya lupa nak tengok jam berapa lama saya kukus..tapi lebih kurang sejam)
  3. Tunggu sejuk baru potong & ngap!

Talam Suji

08-08-07_0001

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • BAHAN LAPIS BAWAH
  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • BAHAN LAPIS ATAS
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan gula merah

Cara-cara

  1. Masuk kesemua bahan lapis bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
  2. 07-08-07_2350
    Campurkan kesemua bahan lapis atas dan masakkan atas api kecil hingga pekat.Tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.Ratakan dan kukus semula selama 20 minit.Potong dan hidangkan.


Talam Cendol

Kuih-talam

Bahan-bahan ( 10 org )

  • LAPISAN ATAS:
  • 60g tepung beras
  • 2 sb tepung jagung
  • 70g gula merah
  • 2 sb air kapur
  • 200ml air
  • LAPISAN TENGAH:
  • 60g tepung beras
  • 10g tepung gandum
  • 50g gula
  • 400ml air
  • 200g cendol
  • sedikit pewarna hijau
  • LAPISAN BAWAH:
  • 60g tepung beras
  • 10g tepung gandum
  • 1 biji santan pekat
  • 1/2 sk garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan untuk setiap lapisan. Setiap lapisan campurkan berasingan.
  2. Masak setiap lapisan atas api yg perlahan,kacau hingga pekat.
  3. Untuk lapisan tengah masukkan cendol apabila bancuhan tadi hampir pekat.
  4. Masukkan dalam acuan dan kukus. Masukkan lapisan bawah , diikuti lapisan tengah dan akhir sekali lapisan atas.
  5. Biarkan sejuk barulah dipotong.


Talam Keledek


Bahan-bahan

  • 150gm keledek orange, direbus dan dilecek 200ml air
  • Bahan Lapisan Bawah
  • 60gm tepung beras
  • 80gm tepung ubi
  • 10gm tepung sago
  • 200ml santan pekat KARA
  • 120gm gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • Bahan Lapisan Atas
  • 30gm tepung beras
  • 40gm tepung ubi
  • 5gm tepung sago
  • 100ml santan pekat
  • 100ml air
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek hingga lembut. Kupas kulit dan kisar bersama air hingga menjadi pes.
  2. Bancuh bahan lapisan bawah hingga sebati dan tapis. Masukkan pes keledek dan gaul rata.
  3. Susun acuan lompang, tuangkan adunan tadi, 3/4 memenuhi acuan dan kukus selama 15 minit.
  4. Untuk lapisan atas, sebatikan semua bahan dan tapis.
  5. Apabila lapisan bawah masak tuangkan adunan lapisan atas dan kukus selama 15 minit lagi atau hingga masak.
  6. Abcd0015
    Kalau nak talam unggu, gantikan keledek berwarna unggu, kalau letak keladi, jadi talam keladi mini... senangkan gunakan saja base yg sama mcm-mcm kuih boleh dihasilkan. selamat mencuba.


Talam pisang

Abcd0013__2_

Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi )

  • Bahan A
  • 120gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi
  • 250ml santan pekat KARA
  • 150ml air
  • Bahan B
  • 175gm gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Daun pandan
  • 400ml santan cair
  • Bahan C 400gm pisang nangka (dihiris nipis)

Cara-cara

  1. Satukan bahan A, gaul rata supaya tidak berketul.
  2. Masak bahan B sehingga mendidih, keluarkan daun pandan. Tuang kedalam bahan A, kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian.
  3. Tuang bahagian pertama dan kukus selama 5 minit. Angkat dan aturkan hirisan pisang ke atasnya. Kukus sekejap supaya pisang masak.
  4. Tuang bahagian kedua dan kukus selama 5 minit, aturkan pisang buat seperti bahagian pertama.
  5. Untuk bahagian terakhir kukus selama 30 minit dan tutup loyang dengan aluminium foil.
  6. Sejukkan kuih sebelum dipotong


Talam Pulut Hitam
190220101101

Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi )

  • Bahan A 100gm beras pulut hitam 250gm beras pulut putih } di rendam semalaman berasingan
  • Bahan B 250ml air 50ml santan pekat KARA 1 1/2 sudu teh garam
  • Bahan C (Lapisan Atas)
  • 40gm tepung beras
  • 20gm tepung kastard
  • 40gm tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 150ml santan pekat KARA
  • 130ml air
  • 90gm gula kaster
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Toskan pulut hitam dan kukus selama 30 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Toskan pulut putih dan kukus selama 30 minit. Angkat dan gaulkan dengan pulut hitam dan bahan B hingga rata.
  3. Pulut yang digaul tadi dimasukkan kedalam loyang 8" empat segi yang dilapik dengan daun pisang atau plastik. Tekan padat pulut kedasar loyang dan kukus selama 10 minit lagi.
  4. Satukan bahan C, gaul rata dan tapis.
  5. Tuangkan adunan ke atas pulut yang telah dikukus tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  6. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong.
  7. Jika ingin membuat 2 lapisan atas dgn berlainan warna gandakan bahan C.
  8. Selepas adunan masak, masih terdapat air pada permukaannya tuang keluar air tersebut perlahan2 baru dimasukkan lapisan seterusnya

Wah ..da banyak jenis talam yang aku dah selongkar.Da boleh buat koleksi buku resepi talam nih..hehe...nanti kalau jumpa lagi...akan ditambah koleksinya.
Terima kasih kepada penyumbang resepi-resepi ni..minta dihalalkan dunia akhirat.Tak tau pun sape pemilik sebenar resepi talam..jadi tak payah minta izin untuk publishkan kot.hehehe..apa-apa pun,selamat mencuba ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers