http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, December 30, 2010

13 Aurat Wanita yang Wajib Dijaga


Susahnyakan nak masuk syurga..bab aurat pun belum tentu kita dapat jaga dengan sempurna.Itu tidak lagi disentuh bab solat dan bab lain-lain lagi..


Dalam soal aurat bukan setakat bertudung saja.Aurat lain pun kita kena jaga rupanya.Biarlah tak nampak vouge di mata manusia tapi sentiasa vouge di mata Allah.Itulah yang sepatutnya.


Walauapapun,kita renungkan bersama untuk menjadi ingatan,panduan bagi kita yang mudah terlupa..


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita terus mengamalkan agama dengan baik di akhir zaman ini..Amin

Jumaat Cuti Umum.Tahniah Harimau Malaya..

Tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya..semua orang dah tahu tentang kejayaan pertama pasukan bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 tapi tak semua orang tahu bahawa Hari jumaat telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh  Perdana Menteri kita:


Jumaat Cuti Umum...Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.-sumber dipetik dari Utusan Malaysia Online


Walauapapun memang kita telah menjadi juara..percaya atau tidak,itulah hakikatnya.Sebagai rakyat Malaysia kejayaan ini merupakan pencetus  kebangkitan semula semangat penyokong bola sepak Malaysia.
dengar ceritanya,

tengahari khamis  pemain akan tiba sekitar jam 1.30.
Wira-wira  kita yg akan tiba bersama PIALA AFF


Barisan Pemain Malaysia

Jalur gemilang berkibar megah
 Penyokong Indonesia yang baik ni  tau..mereka menerima kekalahan dengan redha...bukan semua yang fanatik.





sumber gambar: facebook

Wednesday, December 29, 2010

Like ke tak???

Hati ini sangat gumbira sebab dah pandai buat like box page facebook kat blog (orang lain pun ramai yang dah buat tapi tak kecoh-kecoh...hehehe)
Persoalannya... bila buat  like box page facebook nih,ada ke orang nak like page kita nanti???!!! ia sebenarnya bukan perasan blog kita popular atau mencari populariti.Fungsinya memudahkan kerja kita.Tak payah nak share kat fb sebab secara automatik link terus ke fb(lebih kurang sama cam networkedblogs)...ia sangat menjimatkan masa...tak gitu??tapi kalau ada yang sudi nak like tu,sangat dialu-alukan hehe...







Monday, December 27, 2010

Majlis Sanding 'Kazen'

Lama tak update blog sebenarnya...dah dekat seminggu blog ni terbiar macam tu saja..BE yang setia melekat pun dah hilang ...Cik Nuffnang oiii,letak la balik BE kat sini,tuan rumah dah kembali nih..hehe.. biasa la line tenet ni 
kadang-kadang buat perangai...tenet slow cam siput..nak blogwalkng pun tak boleh...sekarang semuanya kembali pulih...harap-harap terus ok dan berjalan lancar.(amin).Terima kasih bagi yang sudi datang sepanjang ketiadaan tuan rumah dan meninggalkan jejak..


Dipendekkan cerita,korang tentu dah tahu cite apa yang nak dibawakan kali ni kan...Ni merupakan majlis persandingan 'kazen' belah suami...Tema majlis ni hitam dan kelabu sebenarnya..tapi masa datang kenduri ni langsung kami tak ikut tema..hehe .. layan je la gambar-gambar kat bawah ni ye...


P/S: Buat sesape yang berkenaan ..sorry la tak mintak kebenaran dulu sebelum siarkan gambar di bawah ye...




ni kek cantik dan sedap..


Meja makan beradap bertemakan hitam dan kelabu


Sesi bergambar depan pelamin..tapi pelamin tak nampak pun...hahaha

Acara  bersanding dan menepung tawar pengantin
pengantin bersama mak,ayah dan adik...
Ni lah kazen tu,....
yang ni dah tentulah wifenya..









Tuan punya gambar:
Zaid/Diyana

Tuesday, December 21, 2010

PETZL & Climbing

Petzl is not Pretzel


These are pretzels...ummm delicious!


And, This is Petzl 
Petzl
Origin: France


Bonjour !

buena
Rock Climbing
ELIOS - White
PETZL Helmet - RM500.00



Mountaineering / Canyoning

CALIDRISCARITOOL
Body Harness - RM900.00                                                 PETZL Harness Tool Holder - RM30.00


Caving
SCORPIO VERTIGOZIPKA² - Tropical blue

 PETZL Lanyard - RM800.00                                       PETZL Headlamp - RM250.00


Masih ingat dalam Mission Impossible II, bagaimana Tom Cruise membuat aksi 'climbing'? Mesti kagum & kaget kan? 


'Climbing' bukan bergantung sepenuhnya kepada kekuatan. Tetapi ianya lebih kepada imbangan, kreativiti dan kosentrasi. 


Dan ia bergantung sepenuhnya dengan duit di dalam poket kita. Boleh kira sendiri anggaran harga di atas. Kalau ada RM2,000-3,000 yang tak tahu nak buat apa, maka bolehlah kita sama-sama mencuba aktiviti ini.

Sunday, December 19, 2010

Eropah Beku - Aktiviti Dibekukan, Dengan Angka 4 & 8

Keadaan bersalji di Eropah bertambah buruk, Setakat 18 Disember 2010, suhu menurun sehingga 4-8 darjah C, jalan raya diselimuti ais setebal 4-8 inci. Keadaan ini tidak akan bertambah baik dalam tempoh 48 jam lagi.


Walaupun ini semua kuasa Tuhan, tetapi seperti biasa manusia akan mencari alasan atau penjelasan; jadi ahli meteorologi berkata Angin di Artik sudah tersilap arah bertiup sampai ke Eropah. 


Yang tahu jawapan sebenar kejadian ini berlaku cuma Malaikat Mika'el yang tahu;
"Mikaaiyl (Al-Quran) (Judeo-Christian Michael),[5] who provides nourishments for bodies and souls. Mikaaiyl is often depicted as the Archangel of mercy who is responsible for bringing rain/snow and thunder to Earth. He is also responsible for the rewards doled out to good persons in this life." (Wikipedia)


Antara aktiviti yang dibekukan;
1. Jalan raya dan pengangkutan
2. Lapangan terbang
3. BPL (semalam mesti ramai tunggu match Arsenal....dan keciwa)










Saturday, December 18, 2010

The Astronaut's Wedding - Datuk Dr.Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina Yunos




So sweet la...that why la nak share kat sini walaupun mungkin dah beratus kali korang tengok...
have a nice weekend.....




Friday, December 17, 2010

Kek Coklat Moist (Sesi bagi orang terliur..hehe)

 Cheh...cheh...ni sesi nak bagi korang jeles...hahaha..

Nak tunjuk kek nih...

hehehe....

Sambil blogwalking sambil makan kek...






 Yang ni kek moist selepas dipotong






Yang ni plak yang telah dihias dan sesuai untuk kek besday

kek coklat moist n fresh cream




Jeles tak????

hahaha...


Fake green peas (kacang hijau)

Green peas are green rounded pea seeds that are sweet and
Starchy in taste. Green peas contains twice the protein of most
Vegetable, so they are a healthier substitute for meat. Three
Quarters cup of peas provides 6 grams of protein, plus thiamine,
Riboflavin, niacin, calcium, iron, phosphorus, potassium and 645
Units of vitamin A.

                                 

          Unfortunately most of food industries in 
Developing nations cheating the customers with 
Fake greens peas which are prepared from toxic 
Chemicals (dyes). These industries preparing the 
Green peas form brown peas (cheaper) by soaking 
Them in dye solution for overnight. 

                        

All these chemicals have been banned by US food and 
Drug administration in 1974 itself. 
Frequent consumption of fake green peas leads to 
Colon and bladder cancer. 

All these fake green peas banned in US, Canada , all 
European countries and other developed countries.

Identification of fake green peas:
1.   Put the peas in boil water for 30 seconds, water turns 
To green color. 
2.   After consumption check your tongue to observe green 
Color stains and light bitter in taste.

Symptoms

1.   Stomach irritation, pain or acidity.
2.   Urine turns to light green color. 
3.   Mild head ache.

Case study: 

I am a common person too and not aware of these things. 
After consumption of fake green peas I got stomach pain, 
With a little bit common sense I observed my tongue which 
Having green stains. 
The following packet bought from Tesco, penang on 4th July 2010. 



As a responsible chemist I started analysis of above mentioned peas 
In laboratory I find the toxic chemicals (green dyes).


                                      


 Sumber: 
  
Research scholar
Centre for drug research
USM, Pulau Penang



http://drug.usm.my/

Thursday, December 16, 2010

Wanita Malaysia Berisiko Tinggi Hidap Osteoporosis - Kajian


SINGAPURA -- Wanita Malaysia adalah antara tiga dari negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30an, kata satu kajian syarikat nutrisi hasil susu dari New Zealand, Fonterra.


Kajian juga menunjukkan 50 peratus rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada usia 50an, kata Pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Timur Tengah, Joanne Todd.


Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya.


"Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat rantau Asia pertama anjuran International Osteoporosis Foundation (IOF), di sini hari ini.


Todd berkata kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berusia lingkungan 30an tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka.


Justeru kata beliau, risiko osteporosis yang dihadapi golongan itu semakin meningkat apabila usia bertambah, kerana jisim tulang yang terbentuk pada usia 30an mempunyai kesan besar pada kemudian hari.


Risiko juga meningkat secara drastik bagi lelaki dan wanita dalam kumpulan usia 50an, dengan 50 peratus daripada mereka diklasifikasikan dalam kumpulan ostopenia atau tulang menipis.


Pengambilan kalsium yang rendah adalah penyumbang berpotensi kepada masalah kesihatan tulang, dan kajian mendapati secara purata pengambilan makanan mengandungi kalsium bagi golongan dewasa di Asia ialah 450 mg setiap hari.


Ia jauh lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Makanan dan Pertanian, dan Pertubuhan Kesihatan Dunia iatu antara 1,000 dan 1,300 mg sehari.


Kajian juga menunjukkan rakyat Filipina dan Indonesia mempunyai keadaan tulang paling tidak sihat, manakala penduduk Taiwan dan Singapura mempunyai tulang paling kuat.


Ketua Pegawai Operasi IOF Judy Stenmark pula berkata osteoporosis adalah antara penyakit paling lazim di dunia, namun ia juga paling diabaikan, jarang didiagnos serta kurang mendapat rawatan.


Malah katanya, tidak ada garis panduan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana badan kerajaan mengenai penyakit itu yang dapat dikesan menerusi ukuran ketinggian individu semakin berkurang, sakit belakang dan membongkok. -- BERNAMA

Wednesday, December 15, 2010

Ibu Terjun Tali Air Cari Anak



PASIR MAS – Seorang ibu sanggup terjun ke dalam tali air sedalam hampir satu meter bagi menyelamatkan anaknya dalam keadaan lemas ketika memancing bersama kakaknya di Kampung Bechah Landak, dekat sini kelmarin. 

Malangnya, usaha ibu itu gagal apabila menemui mayat anaknya, Fikri Abdullah, 10, tersangkut pada kayu di dasar tali air tersebut. 

Ibu mangsa, Zainab Ariffin, 50, berkata, dia dikejutkan dengan jeritan anak sulungnya yang mencari Fikri di rumah kira-kira jam 5.30 petang dan bergegas ke tali air yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya. 

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk terjun ke tali air kerana dapat menjangkakan apa yang berlaku terhadap anaknya apatah lagi apabila anak sulung memberitahu melihat joran milik Fikri hanyut.

“Sangkaan saya benar apabila anak saya ditemui tersangkut pada kayu di dasar tali air itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Fikri, anak ketujuh daripada lapan beradik itu bersama kakaknya, Harma, 35, ke tali air kira-kira 50 meter dari rumahnya untuk memancing. 

Harma berkata, dia menyangka Fikri pulang ke rumah tanpa memaklumkan kepadanya ketika mangsa tidak berada di tempatnya. 

“Saya dan seorang lagi adik bergegas pulang ke rumah untuk memastikan adakah benar Fikri sudah pulang, saya terkejut kerana dia tidak berada di rumah,” katanya yang kemudiannya berkejar ke tali air bersama ibunya. 

Katanya, Fikri sebelum ini mengadu berasa pening kesan penyakit epilepsi yang dihidapinya sejak sekian lama dan hanya sempat belajar sehingga ke tahun dua sahaja di sekolah kebangsaan berdekatan. 

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Tempoyak kira-kira jam 2.30 petang semalam. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai kes lemas dan siasatan awal mendapati ianya tiada kaitan perbuatan jenayah



sumber: Sinar Harian





HARMA menunjukkan lokasi Muhd. Fikri yang lemas di tali air Kampung Bechah Landak, 
Pasir Mas semalam.



sumber gambar :KOSMO

Tuesday, December 14, 2010

Surah Al-Baqarah Untuk Elak Suami Isteri Bergaduh...

Ayat-ayat dari Al-Quran untuk kita amalkan di sepanjang hidup kita:


Surah Al Baqarah,ayat 102-
untuk elakkan suami/isteri dan anak2 bergaduh

Surah Al-Anbiyaa',ayat 79-

untuk anak2 pandai belajar

Surah Al-Anbiyaa',ayat 69 & Al Hasyr,ayat 22-24-

untuk lembutkan hati anak2 dan elak panas baran

Surah Toha,ayat 1-5-

untuk anak2 yg malas pergi sekolah

Surah Ar Rum,ayat 31(baca 33x)-

untuk anak2 yg suka keluar malam

Surah At Taubah,ayat akhir-

untuk pendinding diri

Surah Al Baqarah-

untuk pendinding rumah(baca pada air dan spray sekeliling rumah)


Serba sedikit perkongsian ini diharapkan dapat dimanfaatkan bersama.Insya'Allah

Monday, December 13, 2010

Kendong Mayat Bayi Perempuan






KUALA LUMPUR – Seorang pengumpul barangan kitar semula tidak menyangka beg plastik dikendongnya sejauh lebih satu kilometer mengandungi mayat bayi perempuan. 

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Sooy Soon Loong, 47, hanya menyedari beg plastik dikutipnya mengandungi mayat ketika sedang memunggah dan mengasingkan sampah dikutip dari tong sebuah stesen minyak di Jalan Klang Lama. 

Dia membawa semula mayat bayi tersebut ke stesen minyak tersebut sebelum pekerja di situ menghubungi polis. 

“Beg plastik hitam itu memang sejuk dan saya sangka ada daging ayam, tetapi bila buka (plastik), ada bayi di dalamnya,” katanya ketika ditemui di sini. 

Sumber polis berkata, mayat bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai dibuang dalam tempoh 24 jam.

“Bayi tersebut dipercayai dilahirkan ditempat lain sebelum dibuang di tong sampah stesen minyak tersebut. 

"Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak tersebut," katanya. 

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan akan dijalankan bagi mengesan ibu bapa bayi malang itu.



Sumber:Sinar Harian




P/S: Tak habis-habis cite pasal pembuangan bayi kan.... :'( 
        Camne la nak elakkan dari semua ni berlaku??

Saturday, December 11, 2010

Budak 11 Tahun Tulis Kisah Kematiannya Dua Hari Sebelum Kejadian Berlaku...





Eleven years old child Asfandyar wrote story of his own death before 2 days of his death. He dead in car race accident in Islamabad.
 - Geo News' report about incident.





Perhatian:
Video ni dalam bahasa urdu,jd faham2 sendiri la ye...sama jer cam tgk cite hindi yg takde subtitle....

Wednesday, December 8, 2010

Send Free SMS to any mobile phone in Malaysia



Tajuk sudah memberitahu segalanya, jadi takyah le nak explain dengan panjang, lebar dan tinggi. Nanti dapat 'volume' le pulak. Kalau ikut sarikata melayu; 



Hantar SMS percuma kepada semua telefon bimbit di Malaysia.


Jadi, apa tunggu lagi, ikut langkah-langkah keselamatan di bawah;


1. Lafaz Bismillah (Dengan nama Allah s.w.t), bagi yang beragama Islam.
2. Buka website ini  (klik pada gambar hp di bawah)


Nokia X6 Unlocked GSM Phone with 5 MP Camera, Capacitive Touch, GPS Navigation, Voice Navigation, Car Holder, 3G and 16 GB Memory (Black Cap)

3. Sign up secara percuma
4. Akhir sekali klik Send SMS, boleh testing 123 ke no. saya (01_2667760), nanti saya balas.
5. Sehari boleh send dalam 35 SMS free....cukup tak bekalan untuk satu hari ni?
6. So, boleh bookmark website di atas ok.


Sebagai penutup, bende ni mungkin akan dirasakan penting jika anda kehabisan kredit. Kedai topup pun akan rugi berkali ganda. Kesian kepada mereka.

Blog Larian" Cara Laju Meningkatkan Trafik Ke blog Anda"




Bagus la ada blog cam ni...
Mudah untuk blogwalking,menjimatkan masa juga....
Kepada sesiapa yang berminat menyertainya
sila terjah blog ini

kena ada slogan???
slogan khas untuk bloglarian  
Saya suka blogwalking kerana
'dengan bw saya mampu bersahabat 
dengan sesiapa saja,tak kira di mana
mereka berada...'

Terima kasih kepada Tuan Penasihat saya....
yang sudi memberi khidmat nasihat dan memilih saya untuk ditag
Seterusnya saya akan memilih 3 orang untuk dijadikan
mangsa yang seterusnya...hehe
mereka adalah....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers