Kalau kita dengar sahaja perkataan 'HIJRAH' apa yang terlintas difikiran kita??mesti terbayang peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah..Setakat itu sahaja ke penghayatan kita tentang hijrah???Kebanyakkan dari kita memang setakat itu sahajalah kesan hijrah pada diri.
Cuti Umum???Itu satu lagi yang mungkin terlintas difikiran kita.Bagaimana ye nak dapatkan kesan HIJRAH yang sebenarnya???Nak rasai,dalami,jiwai erti hijrah itu dari hati kita.....sangat susahkan...
Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:
المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ
Yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam makna lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Peristiwa Hijrah
Menurut wikipedia,hijrah di sini merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.
Hari | Tarikh | Nota |
---|---|---|
Hari 1 Khamis | 26 Safar SH 1 (9 September 622) | Meninggalkan rumah di Mekah. Tinggal tiga hari di Gua Thur di dekat Mekkah. |
Hari 5 Isnin | 1 Rabiulawal SH 1 (13 September 622) | Meninggalkan lingkungan di Mekkah. Perjalanan ke daerah Yatsrib. |
Hari 12 Isnin | 8 Rabiulawal SH 1 (20 September 622) | Tiba di Masjid Quba dekat Madinah. |
Hari 16 Jumaat | 12 Rabiulawal SH 1 (24 September 622) | Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat. |
Hari 26 Monday | 22 Rabiulawal SH 1 (4 October 622) | Pindah dari Masjid Quba ke Madinah. |
Peristiwa penting yang berlaku semasa bulan Muharram:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharam:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
sumber:
-wikipedia
8 comments:
semoga kita menjadi insan yang lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Insyaallah...Amin…
Amin...
info yg bagus... semoga Allah mrahmati kita semua...
Amin....
salam maal hijrah masmurni...time kasih ye sudi ambik banner kita..
salam maal hijrah mama.. ;)
tahun baru, azam pun baru. harap2 dapat kekal kan azam kali ni. huhu.
selamat menyambut maal hijrah... singgah sini balas kunjungan....^^
Post a Comment