just fikirkan kenapa ia tak perlu dipersoalkan k....
semoga jadi panduan bersama... :)
• Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
• Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
• Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
• Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
• Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
• Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
• Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
• Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
• Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
• Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
• Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
• Jangan mengumpat sesama rakan taulan, Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
• Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
• Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
• Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
• Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
• Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
• Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Sumber:Dari sumber2 yang boleh dipercayai...(terlupa dari mana sebenarnya..hehehe)
6 comments:
alhamdulillah :)
thnks 4sharing
bagusnya n3 ni..buat tora tesedar dr kelalaian..thanks shring diz =)
trm ksh atas peringatannya...
biasalah, manuasia ni terkadang terlalai..
saya tekan butang like!
peringatan yg sgt bermakna..
thanx.. :D
Alhamdulillah :)
1)http://iniwootlah.blogspot.com/2010/12/6-perkara-allah-sembunyikan.html
Post a Comment