http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, December 15, 2010

Ibu Terjun Tali Air Cari Anak



PASIR MAS – Seorang ibu sanggup terjun ke dalam tali air sedalam hampir satu meter bagi menyelamatkan anaknya dalam keadaan lemas ketika memancing bersama kakaknya di Kampung Bechah Landak, dekat sini kelmarin. 

Malangnya, usaha ibu itu gagal apabila menemui mayat anaknya, Fikri Abdullah, 10, tersangkut pada kayu di dasar tali air tersebut. 

Ibu mangsa, Zainab Ariffin, 50, berkata, dia dikejutkan dengan jeritan anak sulungnya yang mencari Fikri di rumah kira-kira jam 5.30 petang dan bergegas ke tali air yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya. 

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk terjun ke tali air kerana dapat menjangkakan apa yang berlaku terhadap anaknya apatah lagi apabila anak sulung memberitahu melihat joran milik Fikri hanyut.

“Sangkaan saya benar apabila anak saya ditemui tersangkut pada kayu di dasar tali air itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Fikri, anak ketujuh daripada lapan beradik itu bersama kakaknya, Harma, 35, ke tali air kira-kira 50 meter dari rumahnya untuk memancing. 

Harma berkata, dia menyangka Fikri pulang ke rumah tanpa memaklumkan kepadanya ketika mangsa tidak berada di tempatnya. 

“Saya dan seorang lagi adik bergegas pulang ke rumah untuk memastikan adakah benar Fikri sudah pulang, saya terkejut kerana dia tidak berada di rumah,” katanya yang kemudiannya berkejar ke tali air bersama ibunya. 

Katanya, Fikri sebelum ini mengadu berasa pening kesan penyakit epilepsi yang dihidapinya sejak sekian lama dan hanya sempat belajar sehingga ke tahun dua sahaja di sekolah kebangsaan berdekatan. 

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Tempoyak kira-kira jam 2.30 petang semalam. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai kes lemas dan siasatan awal mendapati ianya tiada kaitan perbuatan jenayah



sumber: Sinar Harian





HARMA menunjukkan lokasi Muhd. Fikri yang lemas di tali air Kampung Bechah Landak, 
Pasir Mas semalam.



sumber gambar :KOSMO

5 comments:

aibaks said...

semoga roh anaknya bersama dengan mereka yang beriman..amin

Kalamhati said...

sedihnyaa..hmm semoga si ibu tabah menghadapi ujian Allah ni

Mr. Asada said...

semoga family arwah tabah menerima suratan takdir..

kena tengok betul2 dak2 g mancing ke, g main air ke.. lebih2 lagi klu rumah dekat ngan tali air camtu.

za said...

semoga family arwah tabah menerima suratan takdir..

sud@is said...

kena lebih perhatian pada kanak2 yang epilepsi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers