![]() |
Oat dengan blueberi, rasberi dan oren |

- Mengurangkan tahap kolesterol LDL manakala memelihara HDL kolesterol pada tahap yang sihat
- Mencegah dinding arteri tersumbat, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung
- Kawalan gula darah dan paras insulin, membuat ini makanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis (elakkan oat segera)
- Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
- Minum banyak air apabila makan oat - ia menambah jisim kepada najis, membantu dengan pengeluaran najis yang lebih mudah dan cepat. Pergerakan usus yang kerap mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kolon
- Kesan detoksifikasi membuatkan kulit lebih berseri
- Membendung selera dan keinginan makan, berguna untuk pengurusan berat badan, mencegah obesiti
- Meningkatkan metabolisme dan menyediakan tenaga untuk aktiviti sukan
- Penuh asid lemak yang membantu meningkatkan kecerdasan mental
Oat sesuai dimasak dalam yogurt, dengan madu atau maple untuk rasa, ditambah dengan buah-buahan dan kacang. Satu hidangan yang sangat berkhasiat dan lazat untuk keluarga anda.
Ihsan: Juicing for Health
0 comments:
Post a Comment