Boleh bayangkan tak dunia tanpa warna warni???Huhu..tentu tak berseri kehidupan ini kan...hehe..Alkisahnya setiap warna mempunyai erti yang tersirat dan tersendiri.Ada hubung kait warna kegemaran dan personaliti kita. Mari kita lihat ciri-ciri personaliti berdasarkan warna yang diminat...ada ke perkaitan dengan personaliti anda???
Warna | Ciri-Ciri Personaliti |
Merah | Suka pada kebebasan dan cabaran. Mahu menjana kejayaan dalam hidup. Sukakan pembaharuan dan inginkan kemajuan dalam pemikiran dan aktiviti. Mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain namun memiliki sikap degil atau keras hati menerima sesuatu yang tak dipersetujuinya. Selain itu, bersikap optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat. |
Jingga | Seorang yang bagus dalam hal kerjaya, sukakan idea baru, suka bersama teman-teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif. Beremosi dan kurang berkeyakinan apabila mengalami tekanan. |
Kuning | Seorang yang berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya imaginasi yang baik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain. Sensitif dan penyayang, bersedia membantu orang lain sekiranya perlu. |
Hijau | Mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni. Mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang. Memerlukan dorongan dan sukakan penyokong yang dapat memahami dan mendorong untuk maju ke hadapan. Institusi keluarga dan masyarakat adalah perkara yang suka difikirkan dan dibicarakan. |
Biru | Mesra dalam sesuatu perhubungan. Memerlukan pengisian yang lebih rapat bagi menghidupkan rasa kasih sayang yang ikhlas dalam diri. Peka pada perasaan orang lain & dapat menghayatinya. Senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru namun terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah dengan lebih yakin. Bijak mengatur bahasa kata bagi mentafsirkan dalam membuat penilaian. Kedamaian dan keharmonian hidup merupakan impian yang perlu dicari dan dinikmati. |
Indigo | Seorang yang memilih untuk berfikir dari terlalu banyak berkata-kata. Memiliki ciri kepimpinan yang berpandangan jauh, menggunakan kepekaan & pemikiran yang seimbang dalam menilai sesuatu. Mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan. Keunikan tersendiri menjadi daya penarik dan kreatif bagi menggayakan melalui cara yang tersendiri. Semangat yang tinggi, tidak suka menonjolkan diri secara berlebihan. Intitusi kerohanian dan seni adalah sesuatu yang diminat dan cenderung menghayatinya. |
Violet | Memiliki keaktifan minda yang tinggi. Daya penialain juga tinggi dan berpandangan jauh. Sukakan dan mahukan keceriaan,sokongan serta keceriaan dalam hidup namun terlalu mengharapkan daripada orang sekeliling. Adakalanya sikap orang lain mengecewakan kerana bercita rasa tinggi. Kreatif dan seni, kehalusan jiwa dan minda, suka pada keindahan alam dan muzik. Berani bertindak dan mempunyai daya kepimpinan yang baik. |
0 comments:
Post a Comment