http://masmurni.blogspot.com/

Tuesday, April 2, 2013

Cara Tanam Uri @ Placenta

Menanam Uri atau Placenta yang lahir bersama anak
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau juga dikenali sebagai 'placenta'.
Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya.  Uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
Tali pusat menghubungkan bayi dan uri
 Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula.
Perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau bagaimana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya. Nabi (S.A.W) pernah bersabda yang mafhumnya, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanyalah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani. 
Tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah. Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.
Di dalam rahim ibu
 Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Uri / Tembuni / Placenta

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah).

     supaya tidak berbau hanyir darah, di mana boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya. 
 
6) Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.

8) Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang   yang hendak ditanam.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin, paku dan barangan  yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

1 comments:

nadzaim.com said...

terima kasih atas perkongsian hebat ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs