http://masmurni.blogspot.com/

Monday, April 22, 2013

Atlet Pecut Negara, Imran Hadi

Imran Hadi sedang membawa baton acara 4x100m
Suatu masa dahulu, Malaysia adalah satu negara yang digeruni di Asia Tenggara kerana berjaya melahirkan ramai 'Raja Pecut'. Antaranya ialah M. Jegathesan, Rabuan Pit, Istiaq Mubarak, Watson Nyambek, Azmi Ibrahim dan Nazmizan Mohamad. Tetapi kini, arena balapan seolah-olah hilang sinarnya setelah sekian lama Malaysia tidak memenangi sebarang pingat diperingkat antarabangsa yang boleh dibanggakan.

Bekas raja pecut Asia, Rabuan Pit tidak pernah menganggap peluang menyaksikan negara kembali memiliki jagoan pecut sudah tertutup berikutan negara memiliki kemudahan mencukupi untuk membentuk lebih ramai atlet berwibawa. Malah dengan kemudahan latihan mencukupi selain sekolah sukan dan venue pertandingan yang lengkap, bukan masalah untuk melahirkan lebih ramai raja pecut. Namun yang penting katanya, mereka harus lebih fokus dan meningkatkan disiplin serta keazaman dalam misi melonjak imej negara dalam sukan terbabit.

Antara atlet masa kini yang menyandang tugas berat untuk  mengharumkan kembali nama negara ialah Muhd Nur Imran Hadi, pelari pecut kelahiran Johor. Beliau ialah pelari keempat terpantas di Malaysia sepanjang zaman yang berjaya melepasi catatan masa Rabuan Pit sendiri.

Keratan Akhbar - Rekod Lelaki Terpantas Tanah Air
video



Keratan akhbar -Kuartet Johor
Walaupun begitu, sokongan dan doa daripada seluruh rakyat Malaysia adalah satu senjata ampuh yang mampu membawa zaman kegemilangan menjadi nyata.

Kita adalah sejarah masa depan!



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs