http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, July 21, 2012

Fidyah: 2 jenis pengiraan - Orang Yang Tidak Wajib Ganti Puasa & Orang Yang Wajib Ganti Puasa

Sudah ada kalkulator di tangan? mudahnya pengiraan fidyah.
Sebelum itu mari kita memahami apa itu FIDYAH. 

Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. 

Kadar Fidyah

1 hari dendanya = 1 cupak = 1 mud
makanan asasi. Bagi Malaysia ianya adalah beras.
 
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4
RM.............(Nilai Zakat Fitrah Semasa) / 4 = RM............. 

Fidyah Untuk Golongan Tidak Wajib Ganti / Qada' Puasa 
- Tiada Gandaan

Tidak wajib qada puasa tetapi wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. 

Contohnya;
1. Orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa
2. Orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
 
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 / 4 
(Kadar Fidyah)
= RM 140.63


 Fidyah Untuk Golongan Yang Wajib Ganti / Qada' Puasa
- Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :
  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun, sila rujuk jadual di bawah)
x RM 7.50 / 4  (Kadar Fidyah) 
= RM 421.90


Anda juga boleh menggunakan Kalkulator Fidyah

 Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pensyarah Pengajian Islam IKM JB, Aktivis HALUAN, Penceramah Bebas, Penceramah Motivasi, Advisor PrudentialBSN Takaful. 
 Email : asshafiee@gmail.com

1 comments:

tirahzairi said...

pening kpla tengok gandaan die...oleh itu, jgn lpa gnti puasa...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs