http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, December 4, 2010

Kereta sekarang ada ASTRO

Zaman 90an kalau ada CD player dlm kereta kira power la. 

Bila dah Millenium, ramai orang cari player yang boleh main lagu  daripada CD MP3. 

Tak berapa lama kemudian bila DVD dah popular, orang siap pasang TV dalam kereta. 

Sekarang ni kalau ada TV dlm kereta siapa pun tak heran.

Tapi ada satu ni mesti orang ramai akan heran....

pasang ASTRO dlm kereta!!!





Jangan main-main, kancil je ni...bagi yang naik Estima ke, Mercedes CLS ke..jangan jeles ok.

Friday, December 3, 2010

Jangan Ditanya Kenapa

Renungkannya ya...jangan tanya kenapa....


just fikirkan kenapa ia tak perlu dipersoalkan k....


semoga jadi panduan bersama... :)

• Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 

• Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. 

• Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

• Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah 
digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 

• Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 

• Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 

• Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 

• Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 

• Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 

• Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 

• Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 

• Jangan mengumpat sesama rakan taulan, Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 

• Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 

• Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 

• Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 

• Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 

• Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 

• Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Sumber:Dari sumber2 yang boleh dipercayai...(terlupa dari mana sebenarnya..hehehe)

Thursday, December 2, 2010

Flower Girl Mama



Sebelum majlis perkahwinan Atuk Alya.
Ari-ari Alya menyuarakan keinginannya 
untuk menjadi flowergirl...
Katanya nak nak bawa bakul cantik,tabur-tabur bunga,
nak pakai baju princess....
(dari mana dia belajar semua ni tah...)
 Atuk Alya ni bukan umur 60 tahun ye...
masih muda lagi...hehehe...

Majlis perkahwinan tu pada 27 November aritu 
tapi arini baru sempat nak publish tentang cite ni...
Ingatkan Alya just cakap-cakap jer...
rupa-rupanya dia memamg betul nak jadi flowergirl...
sehari sebelum majlis tu,Alya sibuk bertanyakan 
bakul cantik,bunga-bunga kat kepalanya.....

Pada majlis tersebut,
pagi-pagi bangun Alya dah bad mood 
sebab tak cukup tidur.
Malam sebelum tu Alya berjaga sampai kul 3 pagi.
Ramai pak sedara yang melayannya..
maklum la anak buah sulung dia orang.
Pagi tu ajak bangun pun tak nak..
mengantuk katanya.
Nak ajak bergambar lagi lah tak boleh...
tiada kerjasama..hehe



Dalam hati ni dah kata,kalau cam ni rupa moodnya....
hilang la flower girl Tok Ucunya ...hehe
Ambil masa juga nak memulihkan moodnya...
ramai yang jadi tukang pujuk... 


akhirnya inilah hasilnya:






*
*

*
*
*

*
*

*
*
*

*
*

*
*
*

*
*

*
*
*

*
*





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers