Fatimah r.ha anakanda Rasulullah SAW isteri kepada Saiyidina Ali r.a sering melakukan kerja rumah bersendirian dan berat-berat kerjanya. Disebabkan kasihan melihat Fatimah r.ha, Saiyidina Ali r.a telah menyuruh Fatimah r.ha berjumpa dengan Rasulullah SAW bagi memohon mendapatkan seorang pembantu. Kebetulan pada waktu itu terdapat banyak tawanan perang.
Beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW tetapi pada ketika itu ramai orang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana beliau seorang yang bersopan santun, beliau tidak berani untuk memohon permintaan di hadapan khalayak ramai.
Pada keesokan harinya, Rasulullah s.a.w telah datang ke rumah kami dan bersabda; “Fatimah, apakah yang menyebabkan dikau datang kepadaku kelmarin?”
Beliau berasa malu dan mendiamkan dirinya. Akhirnya Saiyidina Ali r.a pun berkata; “Wahai Rasulullah s.a.w, Fatimah telah ditumbuhi ketulan di atas tangannya dan parut-parut di atas dadanya disebabkan oleh beliau mengisar dan mengangkat air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor.Daku menasihatinya untuk pergi menemuimu dan memohon seorang pembantu”.
Kemudian Rasulullah s.a.w pun bersabda; “Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.
Fatimah r.ha berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”.
Amalkan Tasbih Fatimah dengan istiqamah dan yakin setiap kali sebelum tidur, Insya'Allah akan berasa perbezaan setiap kali bangun tidur...
3 comments:
sungguh tasbih ini...
Assalam tuan admin...nak tnya..pernah xdgr hadis2 pasal fadhilat bca tasbih ni...btulke org kata antaranya kalau bca seblom tidor,jika mati fadhilat sma mcm mati syahid??
Assalam tuan admin...nak tnya..pernah xdgr hadis2 pasal fadhilat bca tasbih ni...btulke org kata antaranya kalau bca seblom tidor,jika mati fadhilat sma mcm mati syahid??
Post a Comment