http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, February 25, 2012

Fadhilat Tasbih Fatimah



Fatimah r.ha anakanda Rasulullah SAW isteri kepada Saiyidina Ali r.a sering melakukan kerja rumah bersendirian dan berat-berat kerjanya. Disebabkan kasihan melihat Fatimah r.ha, Saiyidina Ali r.a telah menyuruh Fatimah r.ha berjumpa dengan Rasulullah SAW bagi memohon mendapatkan seorang pembantu. Kebetulan pada waktu itu terdapat banyak tawanan perang.

Beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW tetapi pada ketika itu ramai orang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana beliau seorang yang bersopan santun, beliau tidak berani untuk memohon permintaan di hadapan khalayak ramai.

Pada keesokan harinya, Rasulullah s.a.w telah datang ke rumah kami dan bersabda; “Fatimah, apakah yang menyebabkan dikau datang kepadaku kelmarin?”

Beliau berasa malu dan mendiamkan dirinya. Akhirnya Saiyidina Ali r.a pun berkata; “Wahai Rasulullah s.a.w, Fatimah telah ditumbuhi ketulan di atas tangannya dan parut-parut di atas dadanya disebabkan oleh beliau mengisar dan mengangkat air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor.Daku menasihatinya untuk pergi menemuimu dan memohon seorang pembantu”.

Kemudian Rasulullah s.a.w pun bersabda; “Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.

Fatimah r.ha berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”. 


Amalkan Tasbih Fatimah dengan istiqamah dan yakin setiap kali sebelum tidur, Insya'Allah akan berasa perbezaan setiap kali bangun tidur...

Thursday, February 23, 2012

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus...




Sekadar ingin berkongsi..
Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:
1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

Diambil dari sini: facebook

Monday, February 20, 2012

Bloglist Ooo Bloglist !!!!


Lama sangat rasanya blog ni bersawang.. lama tak berjenguk, lama juga tak ber update ..   
kesibukkan melampau menyebabkan kadang-kadang terbiar beminggu-minggu sementara menunggu diupdate kembali.. apapun,masa yang terluang ini sempat juga meluangkan sedikit masa di sini..


Oleh kerana dah kurang berblogging, bagi nak menambahkan semangat yang hilang.. hari ni, mama nak wujudkan blog list untuk diri sendiri.. sesiapa yang sudi untuk menerima kunjungan mama setiap hari,.. 
sila lapor diri ye. ekekeke
 *budget hot la konon ni...* 


Ada hadiah yang boleh dimakan menanti anda ye..
(untuk tiga orang yang bertuah sahaja)..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers