http://masmurni.blogspot.com/

Sunday, December 23, 2012

Pavlova & Mini Pavlova (Puchong)



*2 layer pavlova saiz 8,9,10

Harga Pavlova:
saiz 8 - 2layer  (rm70)
saiz 9 - 2layer  (rm80)
saiz 10 - 2layer (rm90)

*(tambahan rm5-rm8 untuk lebih buah-buahan)



Love Pavlova 8,9,10
bermula dengan harga rm48



Mini Pavlova 
rm40 saiz m 12biji
rm50 saiz m 16biji


Mini Pavlova
rm55 saiz s 25biji
rm70 saiz m 25biji


Sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp :
019-2667760 (mas)
Puchong Utama

Penghantaran disediakan sekitar Puchong/Putrajaya/Subang/Shah Alam



Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday - Senyum.. Tak Perlu Kata Apa-Apa.







picture:google

Tuesday, November 13, 2012

Durian Crepe Untuk Dijual (Puchong)





Durian Crepe

Harga : RM10 (4)
Sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp :
019-2667760 (mas)
Puchong Utama

Penghantaran disediakan sekitar Puchong/Putrajaya/Subang/Shah Alam
dengan pembelian lebih 3 pack



klik di bawah:

Thursday, November 8, 2012

The Largest Insect - Giant Weta


From Wikipedia, the free encyclopedia
Huge Grasshopper - Giant weta are several species of weta in the genus Deinacrida of the family Anostostomatidae. Giant weta are endemic to New Zealand and are examples ofisland gigantism.
There are eleven species of giant weta, most of which are larger than other weta, despite the latter already being large by insect standards. Large species can be up to 10 cm (4 in) not inclusive of legs and antennae, with body mass usually no more than 35 g. One captive female reached a mass of about 70 g (2.5 oz.), making it one of the heaviest documented insects in the world and heavier than a sparrow. This is, however, unnatural, as this individual was unmated and retained an abnormal number of eggs. The largest species of giant weta is the Little Barrier Island giant weta, also known as the wetapunga. One example reported in 2011 weighed 71 g, and a 72 g specimen has been recorded.
Giant weta tend to be less social and more passive than other weta. Their genus name, Deinacrida, is Greek for "terrible grasshopper". They are found primarily on New Zealand offshore islands, having been almost exterminated on the mainland islands by introduced mammalian pests.







Print this if your hobby is collecting stamps
This is the largest Insect-Man

Saturday, November 3, 2012

Cendol Ajideen Roundabout Puchong Permai

Cendol dan rojak pasembor memang tak dapat dipisahkan ibarat isi dengan kuku. Zaman sekolah rendah dulu sekitar tahun 1988, setelah penat kayuh basikal ketika balik sekolah, aku akan simpan Rm0.10, singgah di di simpang empat Kamunting, Taiping, belakang masjid untuk minum cendol.
Begitu juga selepas setiap kali solat jumaat, tak kira di mana-mana, sehingga sekarang, mata akan melilau mencari gerai cendol.
Apalagi, kalau lalu di roundabout puchong permai, mari singgah Gerai cendol Ajideen....tersedap di Selangor!

By: en.asben




Thursday, October 25, 2012

Durian Crepe Yang Sangat Sedap



First time buat crepe ..plan awalnya nak buat durian crepe..dah lama teringin nak makan..tapi oleh sebab demam dan batuk,niat terpaksa ditangguhkan sementara waktu...huh sangat tersiksa jiwa dibuatnya..

Bersempena dengan belated besday ibu mertua,akhirnya durian mille crepe cake tercipta juga.. hihi.. kebetulan besday mak lebih kurang sama dengan besday abang long kami.. jadi ,boleh potong kek sekali la..





Yang ni pula keratan rentas durian mille crepe cake.
Sekejap saja dah tinggal banyak ni...
Feed backnya.. 'Wah sedappp' memang sedap pun..rasa durian dan kastadnya memang serasi sangat.




Opsss..akhirnya...sempat juga buat durian crepe..tapi buat 3 ketul je la..
ada sedikit lebihan crepe dan durian..hihi
lepas juga hajat sendiri akhirnya ..Alhamdulillah :)
Tidak mengguna sebarang pewarna..rasanya lebih seksi tanpa warna..
sama je dengan warna isi durian kn..hihihii .




untuk tempahan durian crepe sila klik sini

Wednesday, October 3, 2012

Kreatif dan Cantik : Kentang Goreng


Nuffnang Cash Out! Untung ke berblogging?




First time cash out..wah2 berbunga-bunga hati ni..Alhamdulillah..rezeki daripada Allah..
rindu nak blogwalking,rindu nak sembang-sembang kat chat box... 

Ramai yang selalu bertanya ;

Untung ke buat blog ni?
Tak sibuk ke asyik blogwalking?

Jawapannya mudah;

blog ni terhasil disebabkan  minat menulis sebenarnya...bukan tujuan mencari keuntungan...
cukup-cukup makan je, kalau blog glamer baru la untung, ..InsyaAllah. 
So, kena la glamer kan blog anda.hihi.. 
Masa mula dulu memang selalu blogwalking..best...dapat ramai kawan. Siap gathering dengan dia orang. Walaupun jauh seperti JB, Kedah, Kelantan malah Timur Tengah pun ada, sampai hari ni masih 'keep in touch'. Cuma sekarang ni tak berapa sempat nak tengok blog sebab asyik bz dengan tempahan kek je. 

Apapun...blogging sesuatu yang sangat menyeronokkan.... :)



Thursday, September 20, 2012

Membasmi Lipas Kereta

Sesiapa yang mempunyai kereta, pasti berasa sangat terganggu dengan kehadiran lipas kereta. Lipas ini bersaiz lebih kecil daripada lipas rumah dan suka bersembunyi di tempat sejuk seperti di balik alas kaki, kusyen atau but kereta. Ianya sangat cepat membiak tambahan pula kalau terdapat banyak makanan-makanan free...biasalah kalau makan di dalam kereta, mesti ada yang tercicir ke bawah. Lebih-lebih lagi kalau budak kecil yang makan.

Di bawah ini diberikan tips membasmi lipas kereta....belilah racun lipas! Kos sekitar RM8.00 / 4 pc.
hasilnya terbukti nyata berjaya sehingga 99.9% lipas telah lenyap setelah penggunaan selama 2-4 minggu.

Racun Lipas

Ada Racun Lipas di dalam lubang tu, boleh tahan tiga bulan

Dengan pelekat di bawahnya supaya mudah ditampal.

Saturday, September 1, 2012

Resepi Ketupat Sotong


Sebenarnya first time menyediakan hidangan ini..
dan first time juga merasanya..kiranya semuanya first time la...makan pun julung-julung kalinya,
resepi ini dapat daripada adik ipar yang berasal dari Terengganu...
Penyediaannya sangat mudah.. 

Resepi Ketupat Sotong

Sotong (berapa pun tak pe)
Beras Pulut (bergantung pada jumlah sotong)
Santan Cair ( untuk merendam sotong)
Santan Pekat (untuk dijadikan kuah)
Bawang merah (dimayang)
Halia (dimayang)
Gula (ikut citarasa)
Garam (secubit dua)
Sedikit Halba
Gula melaka (tak letak)

Cara menyediakannya:
Beras pulut direndam dengan santan cair (tak sabar-sabar nak makan,just rendam setengah jam saja..sepatutnya direndam sekurang-kurangnya 2-3 jam)
Sotong dibasuh bersih dan disumbatkan beras pulut di dalamnya , 
kemudian disematkan dengan lidi (agar pulut tak berkeluar).
Setelah itu, sotong dimasak bersama santan pekat dengan menggunakan api yang sederhana.
Masukkan bawang merah dan halia yang siap dimayang tadi.
Kacau perlahan-lahan sambil meletakkan gula dan garam secukup rasa.
Taburkan halba ke dalam masakan untuk menambahkan rasa dan menerbitkan bau yang menyelerakan
Masak selama 30 ke 40 minit atau sehingga masak..


Thursday, August 9, 2012

Kerajaan abai bantahan rakyat untuk guna sistem saman AES


Seperti biasa setiap kali musim perayaan, jalan raya di Malaysia pasti akan menjadi sibuk. Ini terutamanya dalam perayaan Aidilfitri apabila semua berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.
Agak malang kerana keadaan sistem pengangkutan awam negara yang sangat lemah, maka secara langsung akan meningkatkan jumlah kenderaan di atas jalan raya apabila ramai akan memilih untuk menggunakan kenderaan persendirian.
Dalam keadaan orang ramai membanjiri jalan raya, sistem AES iaitu satu sistem perangkap kesalahan lalu lintas akan mula beroperasi dan saman yang dikendalikan syarikat akan dilaksanakan bermula 12 Ogos ini.
Walaupun terdapat banyak bantahan tetapi terhadap pengswastaan saman lalu lintas, seperti biasa regim pemerintah tidak mempedulikan suara rakyat dan tetap melaksanakan sistem saman yang akan menguntungkan pemodal besar ini.
Dilaporkan, pemilik kenderaan boleh disaman sehingga RM2,000 kerana sistem ini.
Untuk melaksanakan sistem ini perbagai alasan lunak dilagukan ke telinga rakyat. Antaranya ialah regim menyatakan bahawa AES bukan untuk keuntungan syarikat tetapi bagi mendidik pengguna.
Dengan ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut regim penguasa melalui PDRM untuk bersikap benar-benar ikhlas dalam perkara ini.
SAMM menuntut supaya Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan, JPJ mahupun PDRM itu sendiri supaya menyiarkan lokasi-lokasi kamera AES di seluruh negara supaya kenderaan lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan raya dalam musim perayaan ini.
Ia bertepatan dengan kenyataan kerajaan bahawa sistem AES bukan untuk keuntungan syarikat tetapi mendidik pengguna malah dengan penyiaran lokasi kamera ini akan lebih meningkatkan kesedaran pengguna kepada “perception of being caught” seperti yang dimahukan oleh Kerajaan.
Jika regim gagal mengumumkan lokasi-lokasi kamera AES tersebut, maka akan menyerlahkan sikap sebenar dan matlamat mengaut keuntungan semata.
Pada perayaan ini SAMM juga menasihatkan semua pengguna kenderaan mempertingkatkan langkah berjaga-jaga dari faktor kecelakaan jalanraya mahupun kehilangan wang ringgit anda akibat disaman syarikat swasta.
SAMM sendiri akan mengadakan kempen keselamatan jalan raya dengan cara yang tersendiri di beberapa lokasi di seluruh negara.
Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang dan peranan besar kita kepada negara.
Sekian
Yaser Sheikh Abd Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

SAMM mahu kerajaan umum lokasi kamera AES (Saman Trafik)

WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Ogos 2012
“AES merupakan sistem perangkap kesalahan lalu lintas yang mula beroperasi dan saman yang dikendalikan syarikat akan dilaksanakan bermula 12 Ogos ini dan pemilik kenderaaan boleh disaman hingga maksimum RM2,000 kerana sistem ini,” katanya.
SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar Kementerian Pengangkutan mengumumkan lokasi-lokasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang akan ditempatkan di seluruh negara supaya pengguna lebih berhati-hati menggunakan jalan raya semasa musim perayaan.
Penyelaras Kebangsaan SAMM, Yaser Sheikh Abd Rahman berkata, jika pihak berkenaan gagal untuk mengumumkan lokasi-lokasi kamera, ia jelas menunjukkan sikap mereka yang mahu mengaut keuntungan semata-mata, bukan meningkatkan kesedaran pengguna kepada “perception of being cought” seperti yang dimahukan kerajaan.
Sistem ini merupakan penguatkuasaan secara automatik iaitu keseimbangan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 hingga 2010.
Sistem penguatkuasaan yang mapan mampu mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
AES mampu mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja  kesalahan lalu lintas dilakukan dan maklumat akan terus dihantar secara ‘real time online’ ke Pusat Kawalan AES bagi diproses seterusnya saman dikeluarkan secara automatik melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
Justeru, SAMM mahu menuntut pihak berkuasa melalui PDRM agar bersikap benar-benar ikhlas bagi menangani perkara ini.
“Walaupun terdapat banyak bantahan tetapi terhadap penswastaan saman lalu lintas, seperti biasa kerajaan tidak mempedulikan suara rakyat dan tetap melaksanakan sistem saman yang akan menguntungkan pemodal besar ini,” jelasnya.
Oleh itu, SAMM menasihatkan agar semua pengguna kenderaan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan kecelakaan jalan raya dan juga kehilangan wang ringgit akibat disaman.
“Kami sendiri akan mengadakan kempen keselamatan jalan raya dengan cara tersendiri di beberapa lokasi seluruh negara,” katanya.
Komen-Komen
Yoep Omar ·  Top Commenter · Sultan Qaboos University
rahsia xrahsia...utK aNda SEMUA RakYAt MaLAYsIA.. SY MOHON boleh Tk, SyoRkaN pd DATO SERI ANWAR IBRAHIM....iSEntIF jk PR merintah 2013 moHoN SAMAN TRAFIC Di BATAL n MANSUHKAN..GUNAKAN kaedah lain. JgN menBeBaNkaN RAkYAt dgN PERAngkAP HAD LAJu...KAMI TIDAk SeTUjU SAMAN PERANGKAP HADLAJu... anda SETUJU sila VOTE dan SERAH n BGTAW PADA DATO SERI ANWAR IBRAHIM... 
Rosmaiza Daud ·  Top Commenter
POLIS NAK BAGI DUIT KAT KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK BUAT DANA PILIHAN RAYA. KERAJAAN NAK MENGAJAR RAKYAT.BUKAN NAK AJAR
Tok Janggut ·  Top Commenter · Manager at Honest Lawyer
x boleh bagitau.nanti x dapat saman.Susah lh kjaan nk cari duit...
Zulkhairi Yaacob ·  Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
orang naik basikal je tak nak tahu kat mana kamera nie dipasang....

Wednesday, August 8, 2012

Saman Trafik RM300 - RM2,000 dan Senarai Kamera Speedtrap Di Highway.

Nak selamat, naik ini...tut, tut..

Yang ini paling selamat Tahap Gaban kuasa 3

KUALA LUMPUR 7 Ogos: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan. 


Kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd. (Mungkin seperti bonzer tarik kereta ni...eiii gerunnya!)



Bawa keta cenggini leh la bayo saman RM2,000

Senarai tempat pemasangan kamera perangkap had laju
(Jaga-jaga banyak tempat 80-90km/j, jangan pederas sampai 110km/j)
May 11, 2012

PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar… tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita mestilah memandu dengan berhati-hati…
Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:


PLUS Arah Utara
■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan
■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport,below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara
■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km,80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction,17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan
■Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■From Jln Duta, below the bridge, 23km,80km/h zone!
■From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■Below railway bridge at 11.2km
■Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur
■Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■Kesas West Bound
■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
■Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang
■Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur
■East bound, downhill run after Raub junction.
■Maran, 60km/h zone.
■Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■Tangkak junction.
■Under the bridge after Yong Peng
■North junction at 97.3km.
■Ayer Hitam junction.
■Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■Before Perwaja Steel.
■Sg Petani junction.
■Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
■Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
■Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
■Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■Ipoh Vista Point at about 263km. Speedlimit 80km/h.
■Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan
■Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
■Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
■Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 308.6km, after Gopengjunction.
■Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

Sila print untuk rujukan di masa hadapan!

Kalo kena saman, kita tembak je...hehe melawak je..jangan pandang serius

Friday, July 27, 2012

Tabung derma Jumaat Masjid As Salam Puchong Perdana

Budak-budak sedang tekun mengira duit tabung. Dah kira nanti dapat upah...best!


Monday, July 23, 2012

Kerana PEGAR, PAGAR dapat nama

Mesti semua pernah dengar pepatah "Harapkan pagar, pagar makan padi", yang membawa maksud 'orang yang diharapkan untuk menjaga sesuatu, namun orang tersebut berlaku khianat dan berpaling tadah'. Jadi dari sekolah rendah kita di ajar dengan pepatah ini tanpa kita mahu berfikir kenapa 'pagar'?

Pagar: "Aku mana ada mulut?"
Kalau difikirkan pun,'pagar' bukan benda hidup dan mana ada mulut nak makan padi. Dan dekat sawah bendang pun takde la pulak 'pak-pak tani' letak pagar dekat sekeliling petak sawah. Teringat la pulak lagu pak tani masa sekolah rendah dulu masa kelas muzik. Sebelum tu jom kita nyanyi...

“Lihat jauh nun di sana tekun petani kerja, 
buah padi masak kuning, isteri kerja sama, 
potong memotong membanting padi nya, 
bercerailah tangkai jerami. 
dulu padi ditumbuk inang tampi, kini mesin jadi pengganti…”

Gambar hiasan
Setelah membuat rujukan di Wikipedia bahasa Indonesia, sebenarnya bukannya pagar, tetapi "Burung/Ayam Pegar"lah watak utama dalam pepatah klasik ini.
Pepatah melayu yang popular di Malaysia harus ditukar kepada "harapkan pegar, pegar makan padi"
Burung Pegar


Burung Pegar atau Ayam Pegar adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes, termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 negara. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas.

Saturday, July 21, 2012

Fidyah: 2 jenis pengiraan - Orang Yang Tidak Wajib Ganti Puasa & Orang Yang Wajib Ganti Puasa

Sudah ada kalkulator di tangan? mudahnya pengiraan fidyah.
Sebelum itu mari kita memahami apa itu FIDYAH. 

Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. 

Kadar Fidyah

1 hari dendanya = 1 cupak = 1 mud
makanan asasi. Bagi Malaysia ianya adalah beras.
 
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4
RM.............(Nilai Zakat Fitrah Semasa) / 4 = RM............. 

Fidyah Untuk Golongan Tidak Wajib Ganti / Qada' Puasa 
- Tiada Gandaan

Tidak wajib qada puasa tetapi wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. 

Contohnya;
1. Orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa
2. Orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
 
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 / 4 
(Kadar Fidyah)
= RM 140.63


 Fidyah Untuk Golongan Yang Wajib Ganti / Qada' Puasa
- Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :
  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun, sila rujuk jadual di bawah)
x RM 7.50 / 4  (Kadar Fidyah) 
= RM 421.90


Anda juga boleh menggunakan Kalkulator Fidyah

 Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pensyarah Pengajian Islam IKM JB, Aktivis HALUAN, Penceramah Bebas, Penceramah Motivasi, Advisor PrudentialBSN Takaful. 
 Email : asshafiee@gmail.com

Friday, July 20, 2012

Khutbah Rasulullah menyambut Ramadan, dan 4 perkara yang perlu dibanyakkkan di bulan yang mulia ini.


 
Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkahan, yakni bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan; bulan yang Allah (s.w.t) telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'.

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t) dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain. 

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah (s.w.t) memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya. 

Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang. 

Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah (s.a.w), "Allah (s.w.t) memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu." 

Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirannya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) nescaya Allah (s.w.t) mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka. 

Oleh kerana itu banyakkanlah 4 perkara di bulan Ramadhan
2 perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu & 
2 perkara lagi kamu sangat menghajatinya. 

Dua perkara yang pertama ialah;
mengakui sesungguhnya bahwa tiada Tuhan selain Allah (s.w.t) dan 
mohon ampun kepada-Nya . 

Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah
mohon surga 
dan 
perlindungan dari neraka. 

Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah (s.w.t) memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga." (HR. Ibnu Huzaimah).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers