http://masmurni.blogspot.com/

Friday, October 28, 2011

FAM kena GODAM

Gara-gara menaikkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan, web FAM digodam. FAM tidak berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Terdahulu laman web ini digodam malam tadi dan berjaya dipulihkan setelah 30 minit ditutup.. 
Pada jam 3.45 pagi pengendali berjaya memulihkan web tersebut.

Dua klip video turut dimuatkan di laman web berkenaan yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak dengan latar lagu yang mencaci FAM..


print screen sebahagian laman web FAM yang digodam 


Berikut adalah kenyataan FAM berkaitan dengan kenaikan harga tiket tersebut:
Sumber : Harian Metro

Harga tiket RM50 wajar

SEKALIPUN berdepan banyak bantahan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 
tidak berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50
bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara
Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata pihaknya
tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, 
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

“Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung 
beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium,
keselamatan dan beberapa faktor lain,” katanya semalam.
Penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket 
itu yang selaras bagi semua tempat duduk stadium.
Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi 
dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti
dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu,
beliau berkata FAM menghormati permintaan itu 
namun tidak akan berganjak daripada keputusan asal.
Ketika menggesa demikian kelmarin,
Ahmad Shabery berkata harga tiket itu membebankan peminat dan rakyat.

Sementara itu, Kelab penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) 
turut membidas kenaikan harga tiket secara mendadak itu.
Setiusaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata
tindakan FAM disifatkan tidak profesional dan menyentap semangat penonton
yang datang dari jauh bagi menyokong pasukan kesayangan mereka.
“Rata-rata penyokong bukannya daripada golongan berada 
dan RM50 adalah jumlah yang besar buat kami,” katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers