http://masmurni.blogspot.com/

Tuesday, June 7, 2011

Budak Lemas Dalam Besen Di Pusat Jagaan

BEE TIN tidak dapat menahan sedih ketika membawa mayat anaknya, Xing Rou, ke Hospital Pulau Pinang, semalam.

Sekadar hendak berkongsi  berita :

Mangsa dipercayai main sendirian tanpa disedari petugas pusat jagaan

GEORGETOWN: Remuk hati seorang ibu sebaik mengetahui anak perempuannya yang berusia dua tahun ditemui mati, dipercayai akibat lemas dalam besen di bilik air sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Jalan Paya Terubong, di sini, semalam.


Heng Bee Tin, 38, jelas tidak dapat menahan kesedihan sebaik saja melihat mayat anaknya, Stella Chew Xing Rou, terbujur kaku di sebuah klinik di Bandar Baru, Farlim.


Dalam kejadian kira-kira 1.50 tengahari itu, Xing Rou ditemui mati di dalam besen air dipercayai akibat mati lemas dan ketika kejadian itu, mangsa dipercayai bermain seorang diri di bilik air tanpa disedari penjaga pusat jagaan berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitenden Abdul Halim Bulat, berkata ketika kejadian, semua kanak-kanak dan penjaga yang berada di pusat jagaan terbabit sedang menonton televisyen.


"Hasil siasatan awal mendapati, penjaga di pusat jagaan itu dikatakan tidak menyedari kehilangan kanak-kanak terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Difahamkan, selepas menyedari kehilangan kanak-kanak terbabit, penjaga berkenaan bertindak mencari dan terkejut apabila menemui kanak-kanak terbabit di bilik air.



Mereka terus membawa Xing Rou untuk mendapat rawatan di klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia. 

Sumber: Berita Harian Online

* Pesanan kepada semua: pastikan bilik mandi sentiasa tertutup dengan sempurna dan awasi sentiasa pergerakan anak-anak di rumah.. malang tidak berbau... 

6 comments:

Shila said...

sedihnyaa...

moga jadi pngajaran kt pusat jagaan tu..

kpah k-poh Sharifahnor said...

sikap sambil lewa macam ni lah jadinya...

Suhaimi@Pakmi said...

amat menyedihkan & simpati dgn keluarganya... awasi anak2 kecil kita di mana2 saja mereka berada

Ilmuna Abdul Azis said...

risau pulak dgn budak2 bila baca kes macam ni...

masmurni said...

macam benda yg tak diduga boleh berlaku...pengawasan dari ibu bapa sangat penting!!

gnesop said...

besen atau bekas air pun kena keluarkan dr bilik air :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers