http://masmurni.blogspot.com/

Tuesday, May 10, 2011

Pengantin Baru Dilarang Berborak Panjang Di Telefon

Kalau difikir-fikirkan,sebenarnya ada kebenaran juga tindakan kerajaan negeri di New Delhi   melarang wanita berborak panjang di telefon..nak tahu lebih lanjut,sila baca berita di bawah ini:


NEW DELHI: Sebuah kerajaan negeri mengarahkan pengantin wanita mengurangkan berbual di telefon bimbit dalam tempoh dua tahun pertama perkahwinan bagi mengelak rasa cemburu pasangan masing-masing.
Suruhanjaya Wanita Punjab mengeluarkan arahan rasmi mengenai perkara itu minggu lalu dan menggesa pengantin wanita memberi fokus kepada hal rumah tangga berbanding berborak di telefon bimbit.

Ketua suruhanjaya itu, Gurdev Kaur Sangha, berkata arahan itu boleh mengelakkan rasa curiga di antara pengantin baru sementara mereka menyesuaikan diri sebagai suami isteri.


“Saya dapati hampir 40 peratus wanita menuntut cerai apabila suami dan keluarga mentua mereka kurang senang dengan perbuatan mereka berborak panjang di telefon bimbit,” katanya.

Di kalangan suami pula, kata Gurdev, mereka bimbang jika isteri berhubung dengan bekas kekasih masing-masing. - AFP



Sumber: myMetro


Sampai ke tahap itu larangan penggunaan telefon di sana kan...kalau kat Malaysia ada larangan sedemikan rupa bagaimana lah agaknya....?????


cemburu..


Sumber: myMetro

5 comments:

vampire's lovex said...

sampai macam tu sekali...adoiiii...yg menantu pon,pndai2 la kaver ye dak ??? :)

masmurni said...

tu la pasalnya :)

CIK TOM said...

hehhee.macam ni pun ade jugak ek...macam2 hal la ^_^

Mime MF said...

hu3..kurangkan penggunaan hp dlm 2thun..
errr..mampukan saya kalau begitu??haha:D

Lynn Rahman said...

wa.. boleh save banyak tu. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers