Kisah ini merupakan kisah benar yang ditulis sendiri oleh seorang teman yang mengalami gangguan sihir..segala yang ingin dikongsikan ini diharapkan dapat menjadi panduan dan peringatan buat kita semua.Semua cerita ini ditulis olah seseorang yang ingin dikenali sebagai Medula Oblongata.Tiada sebarang perubahan dan penambahan dalam penulisannya.Tajuk dan isi merupakan olahan beliau sendiri...
Assalamualaikum.
Ok, tanpa melengahkan masa lagi aku nak cite pasal pengalaman aku terkena buatan orang. Kepada sape-sape yang tak tau sape aku, eloklah korang kenal aku sebagai Medulla Oblongata je sebab aku dinasihatkan agar tak mendedahkan nama sebenar, kat mana aku menetap dan buang gambar-gambar aku yang ade dalam fesbuk terutamanya yang berskala penuh supaya tak mendatangkan mudarat.
Sejak zaman sekolah menengah lagi sampailah da menjengah ke alam pekerjaan skarang ni pun aku masih lagi diganggu oleh benda-benda mistik. Benda ni semakin lame jadi semakin buruk sampai boleh memudaratkan kesihatan aku. Gangguan yang aku alami terbahagi kepada dua iaitu gangguan di alam nyata dan gangguan sewaktu tido seperti kene tindih, mimpi ngeri dan mimpi benda mengarut. Tapi aku tak bercadang nak cite secara detail pasal sume tu sebab orang tua-tua berpesan, benda-benda buruk yang kite alami tak elok dihebahkan kepada umum. Lagipun aku tak nak la korang jadi takut lepas bace cite aku ni sebab matlamat aku hanya untuk dijadikan renungan dan peringatan kepada kite semua. Yakinlah bahawa hanya Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Antara mimpi yang aku sering alami termasuklah mimpi hantu pocong, hantu yang sangat hodoh, hantu takde muka, mimpi ular hitam, ular yang sangat besar, mimpi benda tak masuk akal, mimpi berada kat atas tempat yang sangat tinggi dan mimpi persetubuhan samada aku sendiri yang terlibat atau aku nampak ade kapel yang tengah berzina. Yang pasti, hubungan kelamin tu kebanyakannye berlaku secara songsang, maknenye ia berlaku dari belakang. Untuk rekod, aku pernah mengigau sebanyak empat kali dalam satu malam !!! Kadang-kadang takde orang sedar pun aku mengigau. Dugaan..
Pasal kene tindih plak takyah citela, boleh dikatakan setiap minggu ade je aku kene tindih, adakalanya sampai berulang kali dalam satu malam. Masa mula-mula dulu bile kene tindih, aku setakat tak boleh nak gerak je, tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni siap boleh rasa lagi kepala aku dipijak-dipijak, die berlari-lari atas badan aku dan ade ketikanya pakaianku seolah-olah diselak padahal sebenarnye tak pun. Masa praktikal dulu lagi dasyhat, boleh dikatakan hampir setiap malam kene tindih. Masa tu memang seksa la, aku kene pastikan aku betul-betul mengantuk dulu baru boleh tido, kalu tak alamatnye kene tindih la. Nak kene tindih ni takyah amik mase lame pun, tutup mate je automatik terus kene. Kadang-kadang tu aku rase macam badan aku dicakar-cakar. Yang terbaru, aku kene cekik masa kene tindih sebab die marah aku pasang ayat suci al-Quran masa nak tido. Ade jugak bile bangun tido aku rase tersentak, macam ade renjatan seolah-olah aku dikejutkan secara paksa.
Bagi gangguan di alam nyata, benda ni dulu tak terjadi pun, cume sejak akhir-akhir ni je makin menjadi-jadi. Korang bayangkan, aku tetibe berubah jadi orang yang kuat berangan. Kalu orang bercakap ngan aku, even 1 on 1 pun, aku boleh berangan ntah kemana. Sebenarnye aku dengar ape yang orang tu cakap cume aku tak boleh nak fokus. Kesannye aku jadi pelupe. Kadang-kadang orang baru je suruh aku buat sesuatu tapi aku dah tak ingat ape yang die suruh. Yang menakutkan, housemate aku pernah nampak aku bercakap sorang-sorang ngan bantal peluk. Boleh plak aku berangan bantal peluk tu bini aku. Nau’zubillah, ntah ape yang peluk waktu tu tak tau la.
Pastu dalam hati aku ni macam ade due suara, satu kearah kebaikan dan satu kearah kemungkaran. Bile aku duk sorang-sorang, ade je benda-benda aku fikir yang bukan-bukan. Alhamdulillah aku tak pernah plak wat benda bodoh stakat ni. Kadangkala sendi-sendi aku ni rase macam lemah je, badan rase tak larat. Pernah jugak benda mengerikan berlaku kat aku, contohnye nampak lembaga, rase diperhatikan dan rase macam ade orang melintas di sekeliling aku. Malam plak aku asik rase panas je. Mula-mula aku tak prasan sebab aku rase panas tu normal la, orang lain pun panas. Tapi lepas berubat baru aku prasan, selama ni aku panas tapi aku tak pnah berpeluh pun. Aku pernah nampak rummet aku, tetibe je angkat tangan masa tengah tido. Masa tu aku tak tido lagi, memang seram ar.Ade gak kadang-kadang aku jadi seram tak tentu pasal, sampai jadi gelisah. Aku pernah suarakan kat family aku pasal hal ni tapi takkan asik nak bagitau kan, nanti nampak macam aku pengecut sangat la plak. Ade satu benda lagi yang pelik, sejak kebelakangan ni aku sering terjaga waktu tengah malam. Secara puratanya aku terkejut pukul 3 pagi. Kadang-kadang rase seram, kadang-kadang tak rase pape
Aku start tau kene sihir ni baru je, tu pun aku tak syak ape-ape sebenarnye. Kisahnye macam ni, akhir Januari baru-baru ni aku tetibe je rase macam pening skit-skit. Tapi tu sementara je, kendian die hilang camtu je. Pastu aku start alami masalah kesihatan dan perkara ni berlarutan selama beberapa bulan. Mula-mula aku jadi tak brape sedap nak tengok depan, tapi yang peliknye die jadi mase memandu je. Mata aku asik nak berkelip-kelip je, sungguh tak selesa nak tengok kedepan. Pastu bile da lame berkelip mule la jadi melekit padahal aku tak mengantuk pun. Korang bayangkan kalu aku memandu 5 jam, selama 5 jam tu la aku berkelip-kelip. Bile da mata start jadi melekit tu lama-lama die jadi gatal. Mata gatal ni memang tak dapat aku nak terangkan camne, yang pasti die gatal yang teramat sangat, sampai satu tahap mata aku ni berair macam orang menangis je.
Aku jadi fobia nak berjalan jauh. Ade sesekali bile nak balik kampung, aku bagitau ayah yang aku nak balik naik bas sebab takut ngantok memandu sendiri. Nasib baiklah ayah aku ni seakan memahami dan die tak marah aku naik bas walopun ade kenderaan sendiri. Pasal masalah mata ni aku rahsiakan dari family dan rakan sepejabat. Kak aku pernah perasan yang mata aku asik berkelip, tapi bile die tanye aku tak bagi jawapan konkrit. Sebenarnye aku pernah alami masalah mata berkelip ni dulu masa zaman sekolah tapi penyakit tu hilang begitu je. Aku berbohong pasal mata gatal tu, aku bagitau family aku yang aku kene resdung, sebab tu mata gatal padahal dalam hati hanya Allah yang tau. Bile aku balik kampung, besenye family aku suke ajak berjalan-jalan, tapi fobia punye pasal aku cube elakkan diri dari memandu dengan memberi pelbagai alasan. Aku takut mata aku jadi berkelip-kelip dan gatal, lagipun aku tak selesa nak memandang, camne nak memandu.
Aku pergi dapatkan rawatan doktor dan jawapan yang aku dapat ialah mungkin mata aku kering akibat terlalu kerap memandang skrin komputer dan mungkin kerana pemakanan aku yang tak berkhasiat. Aku diberi ubat titis mata. Oleh kerana berat badan berlebihan, doktor nasihatkan aku supaya ubah cara pemakanan. Tapi lain yang doktor suruh, lain yang aku buat. Korang percaya tak, aku boleh pergi makan roti je tiap-tiap ari, langsung tak sentuh nasi gara-gara nak sihat punye pasal. Atas nasihat doktor jugak, aku pergi ke kedai kacamata dan periksa keadaan mata aku. Alhamdulillah aku dapat berita baik, kuasa kanta aku makin berkurangan. Aku fikir mungkin ni la sebabnye aku asik tak selesa nak memandang. Hari-hari aku menjadi indah semula. Chewah, macam cite Korea plak.
Tapi lepas tu timbul plak masalah lain. Rupe-rupenye masalah mata aku tak setel kat situ, tapi timbul masalah lain plak. Oleh kerana aku asik makan roti je, tetibe aku tak boleh nak makan benda lain. Aku hanya makan makanan selain roti bile ade jamuan kat ofis dan bile aku balik kampung. Bukan pe, aku taknak la family aku prasan yang aku tak makan nasi, lagipun kakak aku masak best-best, mane boleh tahan bro. Hehe. Masalah yang timbul adalah setiap kali aku makan benda selain roti, waktu malam mesti aku jadi pening dan nak muntah tak pasal-pasal. Bab pening ni kakak aku pun prasan tapi mungkin die anggap benda tu perkara bese je kot. Makin lame makin menjadi-jadi, setiap kali makan ape-ape, malam je pening. Sampai satu tahap badan aku da susut skit, da jadi makin hensem. Hahaha. Okeh, tak kelakar.
Klimaksnye, beberapa minggu lepas, aku hadiri jamuan yang dibuat di ofis aku. Aku makan je dan aku tau, malam ni mesti pening. Tapi benda lain plak terjadi, lepas je makan tu aku terus jadi pening yang agak teruk. Aku terus gi klinik yang bese aku pergi, malangnya doktor tak tau punca penyakit tu. Aku dapat MC selama 4 hari. Bayangkan selama 4 hari aku cuti, campur cuti hujung minggu 2 hari, jumlahnye selama 6 hari aku pening !!! Even masa baring pun pening sampai tak boleh nak memandu langsung. Selain tu, ade benda baru plak terjadi, aku tak boleh bercakap banyak. Bile aku bercakap masa aku pening, rase macam ade benda menyucuk kat belakang kepala, besenye start terjadi lepas Asar. Bile da menyucuk tu aku tak boleh nak bercakap banyak sebab bile bercakap je badan jadi menggigil. Masa solat lagi dasyhat, start je takbiratul ihram aku da start menggigil sampaikan aku solat sambil tutup mata.
Dengan bantuan housemate, aku gi ke beberapa buah klinik dan kat sana aku buat pemeriksaan jantung dan pemerisaan darah. Doktor kate tujuannye untuk tengok samada aku ade penyakit yang boleh menjejaskan antibodi aku. Setelah 2 hari, keputusannya positif, Alhamdulillah aku disahkan tidak mengidap sebarang penyakit yang disyaki. Aku dibekalkan dengan 5 jenis ubat iaitu ubat pening, ubat saraf, ubat penahan sakit, ubat gastrik dan vitamin B kompleks. Walaubagaimanapun ianya masih tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
Setelah abis bercuti, aku nekad nak pegi keje jugak sebab da lame sangat aku cuti walopun sakit aku belum sembuh. Pagi tu majikan aku iaitu Haji H datang tengok aku kat ofis, mungkin kerana kesian die pun cakap aku tak payah keje lagi, die bawak aku pergi klinik pakar serta merta. Adus, terharu aku. Lepas jalani rawatan aku tak sembuh-sembuh jugak, Haji H nasihatkan aku balik. Petang tu aku dapat kol dari Haji H, die kate die nak try bawak aku gi kat pusat perubatan Islam kat satu tempat yang aku tak boleh bagitau.
Malam tu lebih kurang pukul 9.30 malam kami bertolak kesana. Dalam perjalanan tu aku asik tunduk je, tak boleh nak pandang jalan. Soalan yang dikemukakan Haji H pun aku jawab acuh tak acuh sebab aku menggigil bile bercakap banyak. Sampai kat sane, ramai pesakit yang menunggu. Tempat tu dibahagikan kepada dua, satu ruangan menunggu dan satu ruangan rawatan. Sepanjang menunggu tu tetibe aku jadi macam kejap pening, kejap macam sihat skit, pastu pening lagi. Aku rase macam nak bagitau Haji H supaya batalkan je rawatan ni sebab aku da sihat skit, tapi tak terkeluar plak dari mulut. Giliran aku sampai kira-kira jam 3 pagi. Bayangkanlah betapa lama kitorang tunggu untuk dapatkan rawatan.
|
gambar hiasan |
Aku ditemani oleh Haji H masuk kat ruangan rawatan. Tetibe aku rase pening yang teramat sangat. Ade seorang ustaz datang dan letak tangan atas kepala aku lebih kurang seminit. Ustaz tu kate aku kene sihir, ade orang buat kat aku. Pastu ade 3 orang pembantu ustaz datang, masing-masing seorang duduk kat kiri dan kanan aku, manakala sorang lagi duduk betul-betul depan aku. Aku diingatkan supaya sentiasa membaca ayat Kursi sampai habis rawatan, kuatkan semangat dan jangan takut kat benda tu. Kendian mereka bertiga membaca ayat suci al-Quran sambil dua orang di kiri dan kanan aku tu seolah-olah mengangkat sesuatu masuk kedalam orang kat depan aku. Masa tu aku da langsung takleh nak buka mata, tetiba aku dengar ade suara garau bercakap.
Rupenye selama ni ade seekor jin kafir duk bertenggek kat kepala aku. Jin ni sangat degil, ustaz berdakwah kat die suruh masuk Islam pun die taknak. Soalan-soalan yang ustaz tanye pun die tak jawab. Ape yang pasti die mengaku memang da lame duduk dalam badan aku. Kendian ustaz tanye, ape tujuan die masuk kat dalam tubuh aku? Dengan izin Allah, tetibe aku macam boleh buke mata skit. Masa tu aku nampak die angkat tangan kiri dan halakan dekat ngan muka aku sambil berkata “Aku nak die buta !!!”
MasyaAllah, dosa apekah yang aku lakukan selama ni sampai ade orang sanggup nak aku jadi buta? Termenung aku sekejap. Rawatan diteruskan, aku jadi makin pening bile ustaz paksa die keluar bersama benda-benda kotor yang die tanam dalam badan aku. Malangnye jin tu degil, langsung taknak mengalah. Masa tu aku tak tau ape yang berlaku tapi menurut Haji H, ustaz telah bunuh jin tu sebab die taknak keluar. Badan aku menggigil dan ubun-ubunku rase macam ditarik. Selesai rawatan, lebih kurang 10 minit lepas tu aku jadi makin pulih dan dengan izin Allah, aku sihat walafiat dan tak pening langsung. Alhamdulillah. Menurut ustaz, aku mungkin akan pening lagi skit-skit lepas ni sebab walopun jin dah takde, benda-benda kotor tu die masih tinggalkan dalam badan aku. So pasni aku kene teruskan rawatan untuk beberapa kali lagi, insyaAllah.
Sewaktu nukilan ni ditulis, alhamdulillah aku da semakin sihat. Cume baru-baru ni je aku ade kene tindih sekejap, tapi tindih bese-bese je. Pening dan gatal-gatal mata tu masih ade skit-skit cume ianya tak sampai mengganggu kehidupan harianku. Malam tadi seperti bese, aku masih terjaga lebih kurang pukul 2.45 pagi. Lepas tido balik, aku ade mimpi beratus-ratus ular pelbagai warna dan saiz duk menjalar di sekeliling tapi langsung tak mengancam aku. Aku terjaga kira-kira 20 minit sebelum azan Subuh berkumandang dan aku lega kerana walaupun ade mimpi buruk skit, tapi aku da tak mengigau lagi. Ya Allah, aku bersyukur diatas nikmat kesihatan yang Engkau kurniakan. Semoga dengan ujian yang Engkau berikan ini dapat mengingsafkan aku dan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dan taat kepada perintah-Mu. Amin.
Di kesempatan ni ingin aku nasihatkan kepada korang sekalian dan peringatan kepada aku jugak supaya menjaga adab-adab dalam bergaul, menjaga adab masuk dan keluar rumah, menjaga adab keluar masuk tandas dan menjaga adab tido. Kadang-kadang kite tak sedar yang benda yang kite buat tu boleh mendatangkan mudarat. Semoga kisah aku ni menjadi iktibar buat semua yang membaca. Andai kata benar aku disihir, aku dengan hati yang terbuka sudi memaafkan segala kesalahannya terhadapku. Jika aku ade membuat sesiapa tersinggung, aku memohon ampun diatas segala kekhilafanku selama ini.
Sekian, wassalam.