Dah lama tak update blog..
Sila layan je laaa... ni versi cinta terluka la kot...
jiwang-jiwang kan...
hanya yang melalui saja tahu bagaimana perasaannya..
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, aku tidak peduli! Bagiku yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impianku.
3] Andai aku mencintai kamu, aku selalu menerima kamu seadanya, di hati dan mataku kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu berasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Andai aku mencintai kamu, aku selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini...dari A to Z.
5] Andai aku mencintai kamu, aku akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS ku, kerana dengan kiriman SMS itulah aku menyatakan cintaku, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangku ke majlis yang kamu adakan,
setidak-tidaknya aku akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS sebagai tanda ingatan padamu.
7]Andai aku mencintai kamu aku akan selalu mengingat setiap kejadian yang aku lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu merupakan saat yang paling berharga untukku.Dan saat itu, mataku pasti berkaca... kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Andai aku mencintai kamu, aku akan selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin
kata-kata yang kamu sendiri lupa yang kamu pernah ungkapkannya. Aku menyematkan kata-kata mu dihatiku, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padaku, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau sudah lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9]Andai aku mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana aku ingin tahu apa kegemaran kamu,kesukaan kamu kesukaanku jua, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya aku berjaya.
10] Kalau kali terakhir akumenelefon kamu sedang selesema, atau batuk-batuk, aku akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana aku bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, aku akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba aku akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
13] Andai aku mencintai kamu,aku akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu aku merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan duniaku.
14] Andai aku mencintai kamu, aku selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-hariku hanya dengan kamu..(mungkinkah???)
15] Jika suatu ketika kamu harus pindah ke daerah lain, aku akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Jauh di dasar hatiku,aku benar-benar takut kehilangan kamu, kamu pernah dengar tak ungkapan
‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Andai aku mencintai kamu,aku bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Andai aku mencintai kamu,aku sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu aku sedang memikirkan kamu.
18] Andai aku mencintai kamu, kadang-kadang aku merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu aku akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintaku untuk mengajarimu sesuatu aku akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan aku begitu gembira kerana dapat membantu kamu...aku tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.
20].Andai kamu melihat handphone aku maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX ku. Aku masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Aku juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatku.
21] Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadaku atau memberi reaksi menolakku, aku akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatiku.
22] Jika suatu saat kamu merinduiku dan ingin memberiku kesempatan, aku akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya aku tak pernah mencari orang lain. Aku sentiasa menunggu kamu.
23] Andai aku begitu mencintaimu, aku tidak pernah memaksa kamu memberi sebab dan alasan, walaupun hatiku meronta ingin mengetahui, kerana aku tidak mahu kamu terbeban dengan karenahku. saat kau pinta aku berlalu,aku pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana aku benar-benar mengerti apa itu cinta padamu.....
Moralnya, Cinta yang sebenar-benarnya hanya kepada Allah, silapnya kita sering bersandarkan cinta lebih pada manusia dan mengurangkan rasa cinta kepada Allah... akibatnya...
sila fikir sendiri ye :)
0 comments:
Post a Comment