http://masmurni.blogspot.com/
|
Alhamdulilah.kalau dilihat melalui gambar satelit jam 5 pagi tadi,keadaan lebih baik berbanding semalam. |
|
keadaan landasan keretapi yang rosak |
Beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung dibatalkan sejak semalam akibat banjir dan tanah runtuh antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan hingga ke Kluang, Johor.KTM Berhad dalam satu kenyataan semalam berkata, perkhidmatan terbabit ialah Ekspres Rakyat KL Sentral-Singapura/Singapura-KL Sentral, dan Ekspres Sinaran Timur dan Kuala Lipis-Singapura/Singapura-Kuala Lipis.
Bagi perkhidmatan Gemas-Singapura, penumpang akan dibawa dengan bas dari Gemas ke Kluang sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura, manakala bagi perkhidmatan dari Singapura ke Gemas, perkhidmatan akan berhenti di Kluang sebelum penumpang dibawa dengan bas ke Gemas. Penumpang Ekspres Senandung Wau dari KL Sentral ke Tumpat akan menaiki bas dari KL Sentral ke Mentakab sebelum menaiki tren ke Tumpat, manakala laluan Tumpat ke KL Sentral pula, penumpang akan menaiki tren dari Tumpat ke Mentakab sebelum meneruskan perjalanan ke KL Sentral menaiki bas. Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat pertukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket di kaunter KTM yang berhampiran, kata kenyataan itu. – BERNAMA
Ramalan Cuaca Untuk 7 hari Untuk Negeri Johor
0 comments:
Post a Comment