http://masmurni.blogspot.com/

Friday, July 27, 2012

Tabung derma Jumaat Masjid As Salam Puchong Perdana

Budak-budak sedang tekun mengira duit tabung. Dah kira nanti dapat upah...best!


Monday, July 23, 2012

Kerana PEGAR, PAGAR dapat nama

Mesti semua pernah dengar pepatah "Harapkan pagar, pagar makan padi", yang membawa maksud 'orang yang diharapkan untuk menjaga sesuatu, namun orang tersebut berlaku khianat dan berpaling tadah'. Jadi dari sekolah rendah kita di ajar dengan pepatah ini tanpa kita mahu berfikir kenapa 'pagar'?

Pagar: "Aku mana ada mulut?"
Kalau difikirkan pun,'pagar' bukan benda hidup dan mana ada mulut nak makan padi. Dan dekat sawah bendang pun takde la pulak 'pak-pak tani' letak pagar dekat sekeliling petak sawah. Teringat la pulak lagu pak tani masa sekolah rendah dulu masa kelas muzik. Sebelum tu jom kita nyanyi...

“Lihat jauh nun di sana tekun petani kerja, 
buah padi masak kuning, isteri kerja sama, 
potong memotong membanting padi nya, 
bercerailah tangkai jerami. 
dulu padi ditumbuk inang tampi, kini mesin jadi pengganti…”

Gambar hiasan
Setelah membuat rujukan di Wikipedia bahasa Indonesia, sebenarnya bukannya pagar, tetapi "Burung/Ayam Pegar"lah watak utama dalam pepatah klasik ini.
Pepatah melayu yang popular di Malaysia harus ditukar kepada "harapkan pegar, pegar makan padi"
Burung Pegar


Burung Pegar atau Ayam Pegar adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes, termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 negara. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas.

Saturday, July 21, 2012

Fidyah: 2 jenis pengiraan - Orang Yang Tidak Wajib Ganti Puasa & Orang Yang Wajib Ganti Puasa

Sudah ada kalkulator di tangan? mudahnya pengiraan fidyah.
Sebelum itu mari kita memahami apa itu FIDYAH. 

Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. 

Kadar Fidyah

1 hari dendanya = 1 cupak = 1 mud
makanan asasi. Bagi Malaysia ianya adalah beras.
 
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4
RM.............(Nilai Zakat Fitrah Semasa) / 4 = RM............. 

Fidyah Untuk Golongan Tidak Wajib Ganti / Qada' Puasa 
- Tiada Gandaan

Tidak wajib qada puasa tetapi wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. 

Contohnya;
1. Orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa
2. Orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
 
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 / 4 
(Kadar Fidyah)
= RM 140.63


 Fidyah Untuk Golongan Yang Wajib Ganti / Qada' Puasa
- Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :
  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun, sila rujuk jadual di bawah)
x RM 7.50 / 4  (Kadar Fidyah) 
= RM 421.90


Anda juga boleh menggunakan Kalkulator Fidyah

 Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pensyarah Pengajian Islam IKM JB, Aktivis HALUAN, Penceramah Bebas, Penceramah Motivasi, Advisor PrudentialBSN Takaful. 
 Email : asshafiee@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers