http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, May 5, 2011

Petrol RON 97 Naik 20 sen Lagi!!!

azlan
Dalam lima bulan pertama 2011,petrol RON 97 naik sebanyak empat kali.



Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.


Monday, April 25, 2011

Alya,Amar - Memori Pesta Buku 2011,PWTC

Beberapa hari sebelum ke Pesta Buku di PWTC, Alya sangat teruja..sehinggakan saban hari bertanya



" Mama,bila kita nak pergi Pesta Buku... 

  lamanya nak tunggu!!!!.."



Perangai anak-anak ni memang kelakar..baru mama bercadang-cadang,dia dah confirm nak pergi ..seperti biasa, Alya memang selalu berada di tahap excited melampau setiap kali mama baru merancang...selagi tak pergi, selagi tu lah bertanya,pagi petang,siang malam...masih dengan soalan yang sama..Mama Alya lebih teruja sebenarnya...tapi Alya saja yang tak tahu..hehe..


Alya,Amar sangat seronok tengok ramai orang
Awal-awal Alya dah jumpa buku idamannya
buku kisah si ikan duyung(tapi Alya panggil duyung tu belut)





Asyik dengan buku...


Alya,Amar sedang pilih buku....




Alya dah lapar masa ni...merengek2 nak makan.
sempat juga bergambar dengan mak anjang meen zulaikha


mama teruja nak jumpa mak cik anis sebenarnya...itu yang Alya tak tau..hehe


Thursday, April 7, 2011

AWAS !!!! Telur Tiruan

telur tiruan



GEORGETOWN - AWAS TELUR TIRUAN.....

Telur tiruan yang dipecahkan menunjukkan putih telur dan kuning telur berkenaan bercampur ketika dipamerkan semasa sidang media oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Telur tiruan itu dibawa oleh seorang pengadu dikenali sebagai Loh yang membeli telur tersebut dari sebuah pasar di Pulau Tikus dekat sini. 

- foto BERNAMA


sumber:
Sinar Harian





sumber:
YouTube
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers