http://masmurni.blogspot.com/

Monday, May 9, 2011

Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha

Alamak!!!!..
lambatnya nak kul 7:00 petang .. 
tak sabar-sabar dah nih..
Sebenarnya bukan tunggu berbuka puasa k....
tetapi tak sabar nak tunggu slot Akasia
 'Nora Elena ' di TV3 petang ini..hehe.. 
Nora Elena diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci, 
salah satu karya unggul Meen Zulaikha ... 


Drama yang mempertemukan 
Aaron Aziz (Seth Tan) dan Siti Saleha(Nora Elena) 
sebagai tunggak utama, 
mengisahkan seorang gadis
 yang pernah dirogol oleh lelaki bertopeng
 pada usia 15 tahun 
dan pernah putus tunang 
telah ditakdirkan berkahwin dengan perogol 
yang memusnahkan hidupnya..

apa yang terjadi setelah dia tahu perogol sebenarnya??
nak tahu bagaimana perjalanan hidup Nora Elena
 dan kisah selanjutnya??? 

jom kita sama-sama saksikan Akasia 'Nora Elena' 
jam 7 petang isnin hingga khamis ...
hanya di TV3....




novel kasih yang suci


Friday, May 6, 2011

Contest Suka-Suka Semifinal Champion League 2011

Salam 1 Malaysia!

Siapa minat bola ? Champion League? 
Real Madrid? Barcelona? Shalke? Manchester United?

Jom teka bola siapa menang semifinal 2nd-Leg malam ini dan malam esok


Hadiah: Misteri (Nilai melebihi RM10)
Syarat-syarat: Betul tekaan untuk kedua-dua perlawanan (susah ooo..)

So apalagi teka je le...cer komen, cer komen.

Thursday, May 5, 2011

Petrol RON 97 Naik 20 sen Lagi!!!

azlan
Dalam lima bulan pertama 2011,petrol RON 97 naik sebanyak empat kali.



Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers