http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, July 10, 2010

Dalam demam sempat ajak pi taman.......


Pagi tadi dlm demam sempat ajak baba pergi taman...walaupun nampak cam tak larat..
Klu bawa pi taman ni confirm dia sihat balik nih..hehehe.tapi cuaca kat luar cam tak ok pulak.

Hari ini Alya Demam Lagi


Hari ni alya demam..sangat terharu bila dia berkata' Ya Allah...kakak demam...bg kakak baik ya Allah...'alya membahasakan dirinya kakak.seharian ini,dia kelihatan pucat,tak bermaya...pagi td muntah2..mengadu sakit badan,tekak dan kepala..

Sejak lahir dia memang tak byk kerenah kalau bab2 sakit ni..makan ubat pun senang.aku ingat lg,masa usianya baru 30hari.dia tidur sangat nyenyak..langsung tak terjaga..agak kehairanan pada masa tu.bila disentuh kepalanya..terkejut aku...rupa2nya panas...dia demam! langsung tak menangis...

Sampai sekarang pun dia tetap seperti itu.bila demam....tidur jer..tak pernah meragam yg pelik2..Alhamdulilah..

Semasa aku menulis ni dia sedang tidur..baru lepas makan ubat...semoga dia cepat sembuh ya Allah...tak sabar nak tengok dia riang dan ceria seperti selalu.. :)

Saturday, March 27, 2010

Birthday Alya 1,2,3

Happy Birthday Alya Husna

Pejam celik,pejam celik dah tiga tahun umur Alya.Rasanya seperti baru semalam mama lihat Alya selepas dilahirkan.Mama lihat Alya di atas dada mama selepas dilahirkan.Rindu saat-saat Alya kecil,saat Alya baru pandai senyum,saat Alya baru pandai menegur,saat pandai berjalan...huh...semua saat mama rindu... :D

Masa tak mungkin berpatah balik.Sekarang Alya semakin besar,semakin petah bercakap dan semakin pandai berdikari.Semoga Alya menjadi anak yg baik utk mama dan baba.

Gambar Alya tiga tahun












Gambar Alya Setahun








Gambar ni diambil semasa Alya umur dua tahun.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers