http://masmurni.blogspot.com/

Monday, February 1, 2010

amar huzaifah


amar huzaifah anak kedua ku...lahir ketika alya husna berusia setahun setengah..pada mulanya alya tidak dapat menerima kehadiran adiknya.

kesian melihat alya pada awalnya.dia seolah2 merasakan kehilangan kasih sayang kami...dia asyik menangis dan tidak mahu turun dari dukungan suamiku..lama kelamaan keadaannya semakin pulih..dia mula menerima kehadiran adiknya..

Amar lahir dua minggu awal dari tarikh jangkaan.23 september 2008 lahir seorang bayi lelaki milikku..dua hari terpaksa berada di hospital sebelum kelahirannya.air ketuban bocor...itulah masalahnya..air ketuban dah keluar tapi...belum ada rasa sakit nak bersalin..bimbang akan keselamatannya.

12jam telah berlalu..namun belum terasa sakit nak bersalin..air ketuban keluar sesekali..aku sangat berjaga2 ketika itu..bimbang bayi terkencing atau terbuang air besar dlm rahim.dlm hati sentiasa berdoa,minta dipermudahkan dan dipercepatkan kelahirannya..

Jam yang berikutnya dilalui dgn penuh debaran.sakit mula datang sekali sekala..semakin lama semakin kerap..sehingga tak tertahan rasanya.aku dibawa ke bilik bersalin bila bukaan rahim mencecah 4cm..

aku dapat merasakn setiap detik kesakitan itu...suamiku berada disisi memberi semangat dan doa..tak putus2 dia membaca yassin..sakit sungguh...

semakin lama semakin tak tertahan rasanya..sakit sangat sangat sangat...berbeza sangat dengan kelahiran pertamaku dulu..hampir 3jam berada dlm wad bersalin..menurut perkiraan doktor,aku dijangka bersalin jam 3pg..tapi syukurlah jam 12.40pg amar da salamat dilahirkn.. alhamdulilah...

seluruh tenagaku habis digunakn semasa bersalin..terasa lega walau badan lemah tak berdaya.melihat wajah amar kali pertama membuatkan aku lupa seketika kesakitan tadi.
kelahirannya hanya 2.77kg..aku bersyukur kerana anak aku sihat.

Wednesday, January 6, 2010

Alya Husna





Hari ini dan semalam..


Aku bersyukur kerana anak-anakku membesar dengan sempurna dan lahir dalam keluarga yang bahagia.Jauh di sudut hati,aku sentiasa berdoa agar apa yang aku miliki kini,akan kekal hingga ke akhir hayat...


Alya dah petah berkata-kata,tak menang nak menjawab setiap pertanyaan.Bahasa yang digunakan pun macam bahasa buku "mama,Aya demam sekarang","mama,silakan"...Kadang-kadang aku terfikir juga,macam mana dia boleh menggunakkan perkataan-perkataan tersebut..

Amar pula dah pandai meyebut sepatah dua perkataan "ma","ba","nak"...dan semakin pandai berjalan serta memanjat..semua benda nk dipanjatnya..emmm..biasa la..anak lelaki la katakan :)

Bila dah meningkat usia mereka..satu masalah baru pula timbul..selalu sangat bergaduh..sangat letih melayan dan memujuk mereka.Walaupun begitu,Alya dan Amar adakalanya boleh menjadi sahabat baik..bahagianya bila melihat mereka boleh main dan bergurau senda bersama...Sekarang ni aku sedang mengkaji mereka..sedang mecari formula untuk jadikan mereka 'best friend'...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers