Syaqiq
Balki seorang Ulamak terkenal (ahli sufi) pernah berkata :
5 Perkara dapat diperolehi melalui 5 Saluran :
1- Berkat Rezeki diperolehi melalui ISYRAQ
2- Cahaya di dalam kubur diperolehi melalui TAHAJJUD
3- Memudahkan jawapan semasa pertanyaan Munkar & Nankir melalui TADARUS Al-Quran.
4- Memudahkan laluan semasa melintasi Titian Sirat adalah melalui PUASA & SEDEKAH
5- Menempah sebuah bilik dibawah Naungan Arasy Allah s.w.t adalah melalui ZIKRULLAH

Waktu Solat Isyraq
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu
Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5
meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit
matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu
ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan
berada di antara matahari.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu
15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk
waktu Dhuha.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah,
kemudian duduk berzikir kepada Allah
sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat
Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang
sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
(boleh terus diamalkan sementara doa dihafal kemudian)
1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
2. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
3. Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua
rakaat kerana Allah Ta’ala.”
|
4. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat
pertama, bacalah Al-A’la.
Rakaat
ke-dua, baca Al-Fil.
Atau;
Rakaat
pertama, bacalah Al-Kafirun.
Rakaat
ke-dua, baca Al-Ikhlas.
5. Selepas salam bacalah doa ini;