http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, August 9, 2012

Kerajaan abai bantahan rakyat untuk guna sistem saman AES


Seperti biasa setiap kali musim perayaan, jalan raya di Malaysia pasti akan menjadi sibuk. Ini terutamanya dalam perayaan Aidilfitri apabila semua berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.
Agak malang kerana keadaan sistem pengangkutan awam negara yang sangat lemah, maka secara langsung akan meningkatkan jumlah kenderaan di atas jalan raya apabila ramai akan memilih untuk menggunakan kenderaan persendirian.
Dalam keadaan orang ramai membanjiri jalan raya, sistem AES iaitu satu sistem perangkap kesalahan lalu lintas akan mula beroperasi dan saman yang dikendalikan syarikat akan dilaksanakan bermula 12 Ogos ini.
Walaupun terdapat banyak bantahan tetapi terhadap pengswastaan saman lalu lintas, seperti biasa regim pemerintah tidak mempedulikan suara rakyat dan tetap melaksanakan sistem saman yang akan menguntungkan pemodal besar ini.
Dilaporkan, pemilik kenderaan boleh disaman sehingga RM2,000 kerana sistem ini.
Untuk melaksanakan sistem ini perbagai alasan lunak dilagukan ke telinga rakyat. Antaranya ialah regim menyatakan bahawa AES bukan untuk keuntungan syarikat tetapi bagi mendidik pengguna.
Dengan ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut regim penguasa melalui PDRM untuk bersikap benar-benar ikhlas dalam perkara ini.
SAMM menuntut supaya Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan, JPJ mahupun PDRM itu sendiri supaya menyiarkan lokasi-lokasi kamera AES di seluruh negara supaya kenderaan lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan raya dalam musim perayaan ini.
Ia bertepatan dengan kenyataan kerajaan bahawa sistem AES bukan untuk keuntungan syarikat tetapi mendidik pengguna malah dengan penyiaran lokasi kamera ini akan lebih meningkatkan kesedaran pengguna kepada “perception of being caught” seperti yang dimahukan oleh Kerajaan.
Jika regim gagal mengumumkan lokasi-lokasi kamera AES tersebut, maka akan menyerlahkan sikap sebenar dan matlamat mengaut keuntungan semata.
Pada perayaan ini SAMM juga menasihatkan semua pengguna kenderaan mempertingkatkan langkah berjaga-jaga dari faktor kecelakaan jalanraya mahupun kehilangan wang ringgit anda akibat disaman syarikat swasta.
SAMM sendiri akan mengadakan kempen keselamatan jalan raya dengan cara yang tersendiri di beberapa lokasi di seluruh negara.
Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang dan peranan besar kita kepada negara.
Sekian
Yaser Sheikh Abd Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

SAMM mahu kerajaan umum lokasi kamera AES (Saman Trafik)

WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Ogos 2012
“AES merupakan sistem perangkap kesalahan lalu lintas yang mula beroperasi dan saman yang dikendalikan syarikat akan dilaksanakan bermula 12 Ogos ini dan pemilik kenderaaan boleh disaman hingga maksimum RM2,000 kerana sistem ini,” katanya.
SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar Kementerian Pengangkutan mengumumkan lokasi-lokasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang akan ditempatkan di seluruh negara supaya pengguna lebih berhati-hati menggunakan jalan raya semasa musim perayaan.
Penyelaras Kebangsaan SAMM, Yaser Sheikh Abd Rahman berkata, jika pihak berkenaan gagal untuk mengumumkan lokasi-lokasi kamera, ia jelas menunjukkan sikap mereka yang mahu mengaut keuntungan semata-mata, bukan meningkatkan kesedaran pengguna kepada “perception of being cought” seperti yang dimahukan kerajaan.
Sistem ini merupakan penguatkuasaan secara automatik iaitu keseimbangan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 hingga 2010.
Sistem penguatkuasaan yang mapan mampu mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
AES mampu mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja  kesalahan lalu lintas dilakukan dan maklumat akan terus dihantar secara ‘real time online’ ke Pusat Kawalan AES bagi diproses seterusnya saman dikeluarkan secara automatik melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
Justeru, SAMM mahu menuntut pihak berkuasa melalui PDRM agar bersikap benar-benar ikhlas bagi menangani perkara ini.
“Walaupun terdapat banyak bantahan tetapi terhadap penswastaan saman lalu lintas, seperti biasa kerajaan tidak mempedulikan suara rakyat dan tetap melaksanakan sistem saman yang akan menguntungkan pemodal besar ini,” jelasnya.
Oleh itu, SAMM menasihatkan agar semua pengguna kenderaan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan kecelakaan jalan raya dan juga kehilangan wang ringgit akibat disaman.
“Kami sendiri akan mengadakan kempen keselamatan jalan raya dengan cara tersendiri di beberapa lokasi seluruh negara,” katanya.
Komen-Komen
Yoep Omar ·  Top Commenter · Sultan Qaboos University
rahsia xrahsia...utK aNda SEMUA RakYAt MaLAYsIA.. SY MOHON boleh Tk, SyoRkaN pd DATO SERI ANWAR IBRAHIM....iSEntIF jk PR merintah 2013 moHoN SAMAN TRAFIC Di BATAL n MANSUHKAN..GUNAKAN kaedah lain. JgN menBeBaNkaN RAkYAt dgN PERAngkAP HAD LAJu...KAMI TIDAk SeTUjU SAMAN PERANGKAP HADLAJu... anda SETUJU sila VOTE dan SERAH n BGTAW PADA DATO SERI ANWAR IBRAHIM... 
Rosmaiza Daud ·  Top Commenter
POLIS NAK BAGI DUIT KAT KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK BUAT DANA PILIHAN RAYA. KERAJAAN NAK MENGAJAR RAKYAT.BUKAN NAK AJAR
Tok Janggut ·  Top Commenter · Manager at Honest Lawyer
x boleh bagitau.nanti x dapat saman.Susah lh kjaan nk cari duit...
Zulkhairi Yaacob ·  Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
orang naik basikal je tak nak tahu kat mana kamera nie dipasang....

Wednesday, August 8, 2012

Saman Trafik RM300 - RM2,000 dan Senarai Kamera Speedtrap Di Highway.

Nak selamat, naik ini...tut, tut..

Yang ini paling selamat Tahap Gaban kuasa 3

KUALA LUMPUR 7 Ogos: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan. 


Kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd. (Mungkin seperti bonzer tarik kereta ni...eiii gerunnya!)



Bawa keta cenggini leh la bayo saman RM2,000

Senarai tempat pemasangan kamera perangkap had laju
(Jaga-jaga banyak tempat 80-90km/j, jangan pederas sampai 110km/j)
May 11, 2012

PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar… tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita mestilah memandu dengan berhati-hati…
Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:


PLUS Arah Utara
■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan
■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport,below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara
■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km,80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction,17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan
■Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■From Jln Duta, below the bridge, 23km,80km/h zone!
■From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■Below railway bridge at 11.2km
■Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur
■Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■Kesas West Bound
■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
■Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang
■Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur
■East bound, downhill run after Raub junction.
■Maran, 60km/h zone.
■Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■Tangkak junction.
■Under the bridge after Yong Peng
■North junction at 97.3km.
■Ayer Hitam junction.
■Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■Before Perwaja Steel.
■Sg Petani junction.
■Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
■Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
■Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
■Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■Ipoh Vista Point at about 263km. Speedlimit 80km/h.
■Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan
■Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
■Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
■Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 308.6km, after Gopengjunction.
■Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.

Sila print untuk rujukan di masa hadapan!

Kalo kena saman, kita tembak je...hehe melawak je..jangan pandang serius

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers