Semua benda nak dicetak rompak..baik baju, kasut, filem...
Kalau ada yang asli mesti akan wujud klon-klon cetak rompaknya...haisshhh
Cinta Yang Kurasa turut menjadi mangsa dicetak rompak..
Cinta Yang Kurasa merupakan novel terbaru dan yang ke-10 bagi beliau.
Novel tersebut dipasarkan dan dilancarkan pada bulan April yang lalu.
Novel ini diterbitkan oleh Alaf 21.
Cuba lihat berbezaan kedua-dua novel di atas,
Novel di sebelah kiri adalah yang asli.
Jika dipandang sekali imbas pun kita sudah nampak perbezaannya..
dari segi warna, buku asal nampak lebih berseri
dan kelihatan ke'pink-pink'an di bahagian bawahnya.
Ini pula perbezaan muka belakang novel tersebut
yang turut menampakan perbezaan warna.
Bar code kelihatan tidak jelas.
Helaian dalam buku pula...
Novel asli sebelah kiri.
Novel tiruan nampak seperti difotostat.
Gambar bunga pun nampak tidak begitu jelas.
Kalau dibandingkan dari bahagian atas pula,
novel asli ada garisan hitam di tengah.
Manakala novel tiruan tiada garisan.
Novel tiruan, muka suratnya cuma digam dan mudah tercabut,
berbanding dengan novel asli yang teguh berjahit.
Isi novel tiruan, mudah terbarai..
Mana sebenarnya lebih berbaloi?
Membeli novel asli atau terbeli novel cetak rompak
yang sama harga tetapi kualitinya tidak bagus..???
dan pembaca novel sekalian ;
berhati-hati ketika membeli novel kegemaran anda di pasaran..
Pastikan beli hanya yang asli sahaja..
*Untuk langkah keselamatan; beli di kedai-kedai buku terkemuka sahaja..
.Sebarang laporan mengenai perkara ini boleh disampaikan kepada Alaf 21:
03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684.
Kredit kepada: