http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, July 30, 2011

Fadhilat Ayat Kursi



Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis , Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:


“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, 

Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”


Sabda baginda lagi;


“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, 

kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, 
Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca Ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.


 Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan 
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. 


Pengamal Ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
 Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. 


Mengamalkan bacaan Ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

 Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.


 Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.


fadhilat lain:

*Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, 



Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,

 ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,

 tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.

* Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur,

 Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya,
 rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu

, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur 
perbuatan-perbuatan orang yang benar,
 pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,

maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, 
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, 

Allah Azza Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya
 dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan 
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Friday, July 29, 2011

Alasan Untuk Tidak Menutup Aurat

klik gambar untuk tumbesaran


SEKADAR PERKONGSIAN :


Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.” ( )


Sumber: facebook

Kata Rimau & Kata Singa

Kata Rimau: Ini Singa Import, Singa tiruan... Badan besar, umur 43
Kata Singa: Kalau singa tua-bangka pun rimau takleh kalahkan, manakan pulak nak lawan mat saleh dan pak itam dlm Piala
dunia.



Kata Rimau: Boleh la menang dulu kat kandang sendiri, kandang artificial & tiruanKata singa: Kalau pandai main, semua padang sama ja. Rimau atas rumput pun takleh cari makan..


Kata Rimau: Tu dia manager singa, ajar anak buah belakon, sakit/jatuh sana sini
Kata Singa: La..manager rimau tak ajar ke pelajaran 'penting' ni?? patutla tak menang. Cuba tengok Barcelona, kan ramai yang pandai belakon, tak pecaya tanya Jose Mourinho kenapa Real Madrid Kalah





Cuba teka ini Harimau atau singa?



Tuesday, July 26, 2011

Gambar Sophea Isabella anak perempuan Dr.Sheikh Muszaphar Angkasawan Negara

Gambar anak perempuan Dr.Sheikh Muszaphar  Angkasawan Negara




Inilah wajah anak Dr Sheikh Muszaphar  dan Dr Halina.
Lebih mirip wajah siapa ye?
Sophea Isabella nama diberi..
Sophea dilahirkan dengan berat 3.6kg
Lahir pada 21 Julai 2011
Dengar ceritanya Dr Halina merupakan wanita pertama 
bersalin dalam air.atau lebih dikenali dengan cara bath up

Sumber:
Dr Muszaphar  fan club FB
.

Monday, July 25, 2011

Chenta Hati Mama

Semakin kurang masa untuk blog,
Rindu nak blogwalking sampai lebam..

Semakin banyak masa menyiapkan tempahan
Hari-hari ada tempahan..Alhamdulillah.

Ada masa free nanti mama balas jejak yang datang k..
Sayang kat korang semua  =)


cheese tart yang dah siap packing


carrot cake yang sedia untuk dihantar


Carrot Cake yang sudah siap...
Ada lagi kat sini ye :

kek:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150210614937221.327563.640417220&l=639259dbf2&type=1

cheese tart
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150214035607221.328631.640417220&l=d20197b7cf&type=1

Sunday, July 24, 2011

Tiket Malaysia vs Singapura, World Cup Qualifying 2014



Round 2 – Malaysia Vs Singapore
First leg, Singapore: 23rd July (Singapore 5 vs. Malaysia 3)
Tiket:


Tiket-tiket juga akan dijual di beberapa lokasi lain dan maklumatnya adalah seperti berikut:
26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam
  • Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama.
  • Stadium Shah Alam. Di Pintu A.
  • Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning.
28 Julai 2011 dari jam 9.00 pagi hingga waktu rehat
  • Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning

REKOD Terdahulu;
malaysia 0-0 thailand
malaysia 5-1 laos
malaysia 2-0 vietnam
malaysia 4-2 indonesia
malaysia 2-0 myanmar
malaysia 3-5 Singapore

Saturday, July 23, 2011

Lupa:Adakah Satu Penyakit???

Adakah lupa perkara biasa??? atau penyakit??? Ada bezanya terlupa dengan pelupa..terlupa adalah secara tak sengaja.Manakala pelupa pula penyakit..Setuju tak??


Penyakit Lupa dan Penyebabnya:

Antara penyebabnya adalah: - 

1)Makan kepala ikan 

2)Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan. 

3)Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. 

4)Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang). 

5)Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai     makan. 

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. 

Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. 

Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya. 



Rahsia Menguatkan Daya Ingatan


Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: - 

i)Buah anggur hitam 
ii)Madu lebah 
iii)Halia 
iv)Buah badam 
v)Susu 
vi)Air zam zam 
vii)Kismis 
viii)Jus karot & madu 
xi)Epal 
xii)Kurma 
xiii)Ikan tuna 
oi)Tempe 
o)Air soya 

 
susu dan badam antara makanan yang baik untuk meningkatkan fungsi ingatan



Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. 

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan 
yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama 
sewaktu keletihan. 

Keterangan-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara 
meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat 
Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak 
sesaat pun kita lupa kepada-NYA. 

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan 
minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: - 

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu. 
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.


Semoga perkongsian ilmiah ini memberi manfaat kepada kita k....


sekian ....

Friday, July 22, 2011

Facebook : Facebook Video Calling

   
Bakal dilancarkan dalam masa terdekat..
Sangat sesuai untuk pasang suami isteri yang tinggal berjauhan..
Lebih kurang begitulah katanya..... 


Video Calling launched a few weeks ago, and Feather Latimer used it to call her husband who is deployed overseas. The couple talked for hours before he played her some music and wished her goodnight. Feather says, "Just seeing his face gave me peace."


petikan dari sini








 Go to https://www.facebook.com/videocalling to get started.

Thursday, July 21, 2011

Malaysia vs Chelsea Live Streaming 21 Julai 2011

Kepada yang tak dapat pegi stadium, bolehlah menonton Malaysia vs Chelsea Live Streaming  di sini

Sunday, July 17, 2011

Ala...Cutenya Kek Ni.....





I flipped over this cute cake





Strawberry Cake

Spongebob Cake


Princess Pillow Cake


Chocolate Rose Cake


Nemo Cake


Cheeseburger Cake with Fries


Apple Cakes.


diambil dari sini:

http://cutestfood.com/

Freekick Malaysia: Malaysia vs Liverpool, Malaysia vs Taiwan

Malaysia vs Liverpool (16 July 2011)
Gol Safiq


Malaysia vs Taiwan (3 July 2011)
Gol Safiq

Gol Aidil Zafuan
Superb Freekick by Aidil Zafuan (almost the same as Beckham's, Manchester United vs Real Madrid)
(The free kick was taken by player no. 7 and the ball went into the net at exactly minute 7. Cool goal. (It was voted as the best goal of the week at 101greatgoals.com)




Gol David Beckham (Manchester United vs Real Madrid, Champion League Semifinal 2003)



Saturday, July 16, 2011

Kek Barbie Simple - Kek Coklat Van Houten



Sessi nak bagi orang terliur tengok kek..hahaha
Kek ni ditempah oleh sorang kawan untuk besday anaknya semalam.
Tq Jai...

Kek Coklat Kukus Van Houten
Jom layan...hehe

pandangan sisi kek barbie


pandangan dari depan kek barbie




siap untuk dihantar



 Order Tambahannya:

KISAH DAJJAL DALAM HADITH








Persoalan tentang al-ghaibiyyah, iaitu persoalan alam ghaib yang hanya didengar melalui dalil-dalil… namun, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dll. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bangaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.



sumber:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers