amar huzaifah anak kedua ku...lahir ketika alya husna berusia setahun setengah..pada mulanya alya tidak dapat menerima kehadiran adiknya.
kesian melihat alya pada awalnya.dia seolah2 merasakan kehilangan kasih sayang kami...dia asyik menangis dan tidak mahu turun dari dukungan suamiku..lama kelamaan keadaannya semakin pulih..dia mula menerima kehadiran adiknya..
Amar lahir dua minggu awal dari tarikh jangkaan.23 september 2008 lahir seorang bayi lelaki milikku..dua hari terpaksa berada di hospital sebelum kelahirannya.air ketuban bocor...itulah masalahnya..air ketuban dah keluar tapi...belum ada rasa sakit nak bersalin..bimbang akan keselamatannya.
12jam telah berlalu..namun belum terasa sakit nak bersalin..air ketuban keluar sesekali..aku sangat berjaga2 ketika itu..bimbang bayi terkencing atau terbuang air besar dlm rahim.dlm hati sentiasa berdoa,minta dipermudahkan dan dipercepatkan kelahirannya..
Jam yang berikutnya dilalui dgn penuh debaran.sakit mula datang sekali sekala..semakin lama semakin kerap..sehingga tak tertahan rasanya.aku dibawa ke bilik bersalin bila bukaan rahim mencecah 4cm..
aku dapat merasakn setiap detik kesakitan itu...suamiku berada disisi memberi semangat dan doa..tak putus2 dia membaca yassin..sakit sungguh...
semakin lama semakin tak tertahan rasanya..sakit sangat sangat sangat...berbeza sangat dengan kelahiran pertamaku dulu..hampir 3jam berada dlm wad bersalin..menurut perkiraan doktor,aku dijangka bersalin jam 3pg..tapi syukurlah jam 12.40pg amar da salamat dilahirkn.. alhamdulilah...
seluruh tenagaku habis digunakn semasa bersalin..terasa lega walau badan lemah tak berdaya.melihat wajah amar kali pertama membuatkan aku lupa seketika kesakitan tadi.
kelahirannya hanya 2.77kg..aku bersyukur kerana anak aku sihat.