http://masmurni.blogspot.com/

Saturday, September 1, 2012

Resepi Ketupat Sotong


Sebenarnya first time menyediakan hidangan ini..
dan first time juga merasanya..kiranya semuanya first time la...makan pun julung-julung kalinya,
resepi ini dapat daripada adik ipar yang berasal dari Terengganu...
Penyediaannya sangat mudah.. 

Resepi Ketupat Sotong

Sotong (berapa pun tak pe)
Beras Pulut (bergantung pada jumlah sotong)
Santan Cair ( untuk merendam sotong)
Santan Pekat (untuk dijadikan kuah)
Bawang merah (dimayang)
Halia (dimayang)
Gula (ikut citarasa)
Garam (secubit dua)
Sedikit Halba
Gula melaka (tak letak)

Cara menyediakannya:
Beras pulut direndam dengan santan cair (tak sabar-sabar nak makan,just rendam setengah jam saja..sepatutnya direndam sekurang-kurangnya 2-3 jam)
Sotong dibasuh bersih dan disumbatkan beras pulut di dalamnya , 
kemudian disematkan dengan lidi (agar pulut tak berkeluar).
Setelah itu, sotong dimasak bersama santan pekat dengan menggunakan api yang sederhana.
Masukkan bawang merah dan halia yang siap dimayang tadi.
Kacau perlahan-lahan sambil meletakkan gula dan garam secukup rasa.
Taburkan halba ke dalam masakan untuk menambahkan rasa dan menerbitkan bau yang menyelerakan
Masak selama 30 ke 40 minit atau sehingga masak..


3 comments:

Best Business Brands said...

Resepi Belum menjadi ahli? Daftar (percuma) | Sudah menjadi ahli? ... Nak tunjuk cara anyam ketupat tu susah sikit kat sini, tapi yg dah siap ...

Nn said...

ala...satu je ke gmbr? xde ke gmbr step by step cara buat? ketupat ni dimakan begitu saja ke?

Rain said...

betul kata kak mas, nampak simple cara sedia.

hee duk bayang lam pale je la, lagi tak try buat, tak dapat la nak menelan hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs