http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, January 13, 2011

Upin Dan Ipin





Ada sesape yang tak kenal Upin & Ipin??? Mesti semua orang kenalkan... dari budak kecik hinggalah orang  dewasa,semuanya minat dan kenal Upin dan Ipin dengan kepetahan kembar itu berkata-kata. 


Kalau mengikut wikipedia, 
Upin dan Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.
Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui empat musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.
 
Perkembangan terbaru mengenai watak ini,satu pementasan
akan diadakan di Indonesia:

Upin Ipin Akan Dipentaskan Di Lima Kota Di Indonesia

JAKARTA 12 Jan – Siri kartun Malaysia yang popular di kalangan sebahagian besar kanak-kanak Indonesia “Upin dan Ipin” akan ditampilkan untuk pertama kalinya dalam bentuk pertunjukan pentas di lima kota besar di republic ini pada musim cuti sekolah Jun dan Julai ini.


Lima kota yang dipilih kerana mempunyai ramai peminat itu ialah Jakarta Bandung Jawa Barat Makassar Sulawesi Selatan Surabaya Jawa Timur dan Solo Jawa Tengah. Dalam pementasan itu watak Upin dan Ipin dan kawan-kawannya akan dilakonkan oleh pelakon yang memakai kostum boneka tetapi dialog mereka akan tetap menggunakan suara asli siri kartun itu melalui penggunaan teknologi multimedia.



Rina Novita dari DNA Production syarikat penerbitan yang memegang lesen tayangan Upin dan Ipin di Indonesia berkata percakapan watak-watak itu tetap menggunakan bahasa Melayu .“Percakapan menggunakan bahasa Melayu kerana di sinilah daya tariknya bagi penonton di Indonesia. Cuma watak Tok Dalang dalam pementasan itu akan berperanan sebagai pencerita dan akan menggunakan bahasa daerah di kota pementasan itu. 


“Tidak mudah mengadaptasi filem layar lebar ke sebuah pertunjukan pentas tetapi dengan bantuan kumpulan penyanyi parody P Project dan Project Pop saya optimis cerita Upin Ipin yang penuh humor ini dapat diterima baik oleh masyarakat ” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu. Pementasan di lima kota itu akan menceritakan kisah Upin Ipin dan kawan-kawannya menghadapi berita adanya hantu toyol di tempat mereka bermain. “Sekurang-kurangnya ada dua pesan moral dalam cerita ini pertama anak-anak yang datang ke pementasan itu diminta bersalaman dan mencium orang tua masing-masing dan mengucapkan terima kasih kerana telah dibelikan tiket.Ini sesuai budaya timur kita harus menghormati orang tua. 




“Kedua anak-anak tak perlu takut dengan hantu kerana mereka beribadah. Kami ingin mengirimkan pesan bahawa hantu itu tidak ada .Selain itu watak toyol dalam cerita ini dikisahkan sebagai tokoh bodoh mengingatkan agar anak-anak jangan mahu menjadi bodoh seperti toyol ” katanya. Rina berkata idea awal pembikinan pementasan ini diinspirasikan daripada pengembangan watak oleh Walt Disney dalam promosi watak-watak kartun ciptaannya dalam pementasan. Lagu soundtrack Upin Ipin yang dibawakan oleh kumpulan band Padi telah lebih dulu dilancarkan tahun lepas di Jakarta. 


Selain Indonesia beliau juga bercadang mengadakan pementasan sama di Istana Budaya Kuala Lumpur pada Jun tahun ini selain di Singapura dan Manila kata Rina yang belum mendapat kepastian mengenai konsep dan waktu pementasan di ketiga-tiga negara itu. Sementara itu Ratu Nur dari BD Next Entertainment promoter acara ini optimis pementasan itu akan berjaya kerana nilai-nilai moral dan pendidikan yang disampaikan sangat menyentuh bagi orang tua sehingga mereka tidak akan ragu mengizinkan anak-anak mereka menonton. 


“Kami menyiapkan panggung berkapasiti 2 000 penonton di setiap pertunjukan dengan harga tiket masuk mulai Rp100 000 hingga Rp400 000 ” katanya. Jika minat masyarakat melebihi jangkaan pihaknya sedia untuk tampil di kota-kota lain di Indonesia katanya – Bernama.







8 comments:

biskut said...

kalau channel MNC(indonesia)ia memang selalu ditayangkan...layan gak sekali sekala..

toyolkiut said...

produk malaysia..
bangga dan syabas kpd pnerajunya..

LiLohOnEy said...

ahh..

comel ah upin ipin neh.

bkn je bdk2 tp org tua pon lyn :)


p/s: singgah dari bloglarian rumah 80 :)

carinamodella said...

this is my little girls fave cartoon :)

aReTikZ said...

Antara katun malaysia yang saya minat.. thumbs up upin ipin.. hehe..

CIK TOM said...

cik tom suka upin n ipin..comel :)

Woofer Storm said...

suka upin ipin ni..hhehee

masmurni said...

:) upin ipin cute ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs