http://masmurni.blogspot.com/

Tuesday, January 18, 2011

Pendapatan Penoreh Getah Mencecah RM8,000 Sebulan.Percaya Tak???




Percaya ke tak ni?? Ini bukan main-main tapi benar-benar berlaku.
Atuk saya kat kampung tu boleh dapat rm7500 hingga rm8000 sebulan hasil dari menoreh getah.. tahu ke tidak yang harga getah sekarang harganya rm15 sekilogram.
Kadang-kadang rasa cam nak balik kampung je tolong atuk toreh getah sementara harga tinggi nih hehe...  Zaman kecik-kecik dulu,ada juga pengalaman dengan pokok getah ni..Menoreh getah bukannya susah sangat..hehe reti ke??? kenal ke rupa pokok getah??? 






buah getah ni untuk main seremban



ni barulah pokok getah


Pendapatan penoreh getah setanding penjawat awam


MACHANG 17 Jan. - Berikutan kenaikan harga getah yang mencecah RM15 sekilogram sekarang, matlamat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan 350,000 keluarga pekebun kecil di seluruh negara mencapai matlamatnya, kata Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Beliau berkata, ekoran kenaikan harga komoditi tersebut, kini purata pendapatan keluarga pekebun kecil getah melebihi RM2,000 sebulan melepasi pendapatan paras kemiskinan bawah RM750 sebulan.
Abdul Rahim menjangkakan pendapatan pekebun kecil akan meningkat sehingga RM3,000 sebulan dalam masa terdekat iaitu setanding dengan pendapatan sesetengah penjawat awam.
Bagaimanapun beliau mengingatkan pekebun kecil supaya tidak terlalu teruja dengan lonjakan harga getah yang penghasilan getah sentiasa berdepan dengan kemungkinan tidak menentu seperti keadaan cuaca yang berubah-ubah termasuk di musim tengkujuh.
Beliau juga berkata kenaikan harga getah menyebabkan Risda terpaksa menangguhkan dahulu projek tanaman semula kerana ia tidak ekonomik jika dilaksanakan sekarang.
“Ini disebabkan kita terpaksa mengambil masa sehingga empat tahun untuk kerja-kerja pemulihan tanaman semula yang ini sekali gus boleh menjejaskan pekebun sendiri,” kata Abdul Rahim. - Bernama

2 comments:

Lady Lavender said...

org yg ada kebun getah sendiri memang mewah :-)
p/s: dah lama sangat2 saya tak tengok biji getah. Nostalgia pulak rasanya..

Nur Misnan said...

hey mummy... bukan 8k jer tapi
lebih dari 14k.. bergantung pada
keluasan tanah mereka...

rezeki mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs