http://masmurni.blogspot.com/

Sunday, January 23, 2011

Mission Impossible IV: Tom Cruise di puncak Burj Khalifa

Dia memang terkenal kerana melakukan aksi beraninya sendiri, tidak kira bagaimana bahaya aksi itu.
Tetapi hero filem aksi, Tom Cruise menjangkau tahap baru apabila melakonkan satu babak untuk filem terbarunya, Mission Impossible IV di Dubai minggu lalu.
Seorang lelaki kelihatan begitu jelas di puncak Burj Khalifa yang setinggi 829 meter dan menjadi bangunan tertinggi di dunia setakat ini, Berdasarkan kepada tingkah laku lelaki itu, ia sudah pasti Cruise.

Melakonkan watak Ethan Hunt dalam filem superspy itu, Cruise beberapa hari sebelum itu dilihat memanjat mengelilingi tingkap di bawah Dek Tinjau bangunan berkenaan dalam babak dia dikejar penjahat.Pada sidang akhbar beberapa hari sebelum itu, Crusie memberitahu hadirin bahawa dia akan 'menghabiskan masa beberapa hari di sekitar bangunan itu.'

"Tetapi saya tidak boleh memberi butir lanjut mengenainya. Yang pasti, saya akan berada di puncak Burj Khalifa itu," katanya.

Jurucakap pelakon berkenaan berkata: "Cruise sudah agak lama melakukan persiapan untuk beraksi sendiri dalam babak bahaya itu. Dia percaya jika dia sendiri yang melakukannya, penonton akan lebih percaya pada karektornya."

Dalam pada itu, Cruise menghidupkan semula kehebatannya dalam filem Days of Thunder Glory ketika keluar waktu malam.

Pelakon itu membawa 75 kru dan rakan pelakon dalam Mission Impposible, termasuk aktor Britain, Simon Pegg dan Jeremy Rennet untuk keluar bermain go-kart di Dubai Kartdrome.

Dan dia juga menggunakan nama karektornya dalam filem lumba kereta yang diterbitkan pada 1990.

Satu sumber berkata: "Cruise menggunakan nama Cole Trickle, karektornya dalam Days of Thunder ketika keluar untuk bergembira dengan kru dan rakan-rakannya di Dubai."

Pelakon kumpulan itu dengan burger dan kentang goreng.

Sementara itu, isteri Cruise, Katie Holmes yang berada di Amerika Syarikat bersama anak mereka, Suri, sibuk dengan penggambaran filem baru, Jack and Jill bersama Adam Sandler.

Cerita itu mengisahkan Jack yang dipaksa berurusan dengan adik kembarnya, Jill, ketika dia datang untuk satu majlis perayaan yang kemudiannya enggan pulang.

Katie memainkan watak isteri Jack dalam filem itu yang turut dibintangi oleh Al Pacino dan Christie Brinkley.

Selain itu, Katie turut sibuk dengan penggambaran filem televisyen bersama Greg Kinnear mengenai bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy serta isterinya, Jackie. - Sumber Harian Metro

TENANG...Cruise tanpa kasut, melakonkan babak berani mati.

4 comments:

toyolkiut said...

omputih ni kalau wat filem sume tmpat depa gi kan..
hebat..

DiriKu said...

fuih..tau je update pasal muvie ...heeee:DD

suka jugak!! :D

masmurni said...

:) kan....

zmah said...

Menarik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs