http://masmurni.blogspot.com/

Tuesday, January 18, 2011

Maksud Perkataan "Salam"

Sekadar berkongsi ilmu...insyaAllah...


apakah maksud disebaliknya perkataan SALAM??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:
 "Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

baik gunakan

ASSALAMUALAIKUM 

or

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

 Saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”


 Ringkasnya, baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan 


“Assalamualaikum” 
 dan
Jawab salam
“Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”



Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang menjawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”
dan
 bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain,
 hendaklah kita berkata 
“Kirim salam, assalamualaikum pada HUSNA ye” 
contoh lerr…


Dan bukannya :
 “Kirim salam kat HUSNA yer”
dan
 jangan pula memandai-mandai menambah perkataan seperti 
”Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, 
tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa,
 walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” 
dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. 

Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”
bermaksud “Celaka kamu.
Gunakan perkataan“ As Salam” 
sebagai singkatan bagi
“Assalammualaikum.”


Sumber:Norzawani Adam

8 comments:

NURI said...

wah.sgt berguna info ni..mintak izin nak share ye :)

Che An Dusuki said...

Assalamu'alaikum.
Suatu perkongsian yang amat baik. Saya juga mohon izin untuk berkongsi perkara ini juga ya, terima kasih :)

Jika diizinkan, tinggalkan pesanan di blog saya ya, takut2 terlupa untuk follow up :)

zatil said...

As salam..
tq for sharing..very good n new info to me!!!

ummiarissa said...

betul tu..saya ada info tambahan sudilah jenguk entry saya http://idazaidi.blogspot.com/2010/08/adab-memberi-salam-dan-bertanya-khabar.html

::nuRuLaDHar:: said...

wah! thankz 4 de info yg sgt beguna ni. bawu tawu..hmmm lepas ni xnak gune dah pekataan yg maksud plik2 tu..

PriNcesS SunShine said...

sangat berguna....

DaK CoMoT said...

mama2!!!nak mintak izin share ea....
^_^

FiZ said...

pernh bc psl ni sblm ni tp da lupe...thanx mama post psl ni...nnt nk share kt blog eh...mntk izin yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs