http://masmurni.blogspot.com/

Wednesday, March 27, 2013

Salam dan Adab-adabnya




"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa : 86)
Balas dengan lebih baik? Macam mana tu? Mari kita sama-sama lihat balik adab-adab memberi dan menjawab salam.

Lafaz memberi salam:
Assalamualaikum (salam sejahtera ke atas kamu)

Lafaz menjawab salam:
Wa`alaikumussalam (salam sejahtera ke atasmu juga)

Lafaz salam dan ganjarannya :

- Assalamualaikum [10 pahala]. 

- Assalamualaikum warahmatullah [20 pahala].
- Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [30 pahala].
- Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh [40 pahala].


Menjawab salam :

Cara terbaik menjawab salam ialah dengan melebihkan salam daripada orang yang memberi salam. Kalau nak jawab pendek pun tidak apa.

Contohnya, kalau orang beri salam 'Assalamualaikum'. Kita jawab panjang sikit dari apa yang dia beri, nak lagi panjang lagi bagus. Doa kat dia lebih sikit. 'Wa`alaikumussalam warahmatullah'. Paling panjang menjawab salam ialah Wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatu wamaghfiratuh waridhwaanuh.

Ada juga beberapa lafaz salam yang sah dan tidak sah. Mari kita lebihkan ilmu kita.

Memberi salam:

Assalamualaika - dibolehkan
Salamun alaik - dibolehkan
Salam alaikum - dibolehkan

Menjawab salam:

Wa`alaikassalam - dibolehkan
`Alaikumussalam - dibolehkan
`Alaikum - tidak sah
Wa`alaikum - ada bercanggah pendapat. sesetengah ulama kata boleh manakala ulama yang lain kata tidak sah
Assalamualaikum - (menjawab sama dengan orang yang beri salam) - dibolehkan



Kebanyakan ulama berpendapat lelaki boleh memberi salam kepada perempuan yang sudah berumur dan tidak kepada perempuan yang masih gadis atau muda.

Sebahagian ulama yang mengharuskan pun berpendapat bahawa wanita tidak wajib atau tidak perlu menjawab salam lelaki jika ucapan itu bukan dengan niat yang baik dan ikhlas.

Jangan sesekali memberi salam kepada orang kafir. Haram hukumnya. Larangan memberi salam ini berlaku terhadap Yahudi, Nasrani, dan juga penyembah berhala. Kerana salam merupakan penghormatan kaum muslimin, penghormatan di dunia dan akhirat.

"salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah 'salam'." (Surah Al-Ahzab : 44)


 Jika orang kafir itu beri salam tidak jelas atau dengan salam yang sengaja diubahnya seperti 'Assamalaikum' maka kita menjawabnya dengan 'Wa`alaikum' (dan atas kalian).

Jika salamnya jelas 'Assalamualaikum', maka kita jawab salam mereka 'Wa`alaikumussalam'.
Aik? Kenapa boleh jawab salam mereka dengan sempurna pulak? Kita ambil balik dalil ini.

"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa :86)

Ayat di atas tidak di sebutkan : Apabila orang-orang muslim memberi penghormatan kepada kamu. Tetapi dengan ayat yang umum. Jadi sesiapa sahaja pun yang beri salam maka kita kena jawab.



  
Wallahua'lam

Rujukan : fatwa nuur 'ala al-darb, fatwa syeikh ibnu bazz


 

Friday, March 22, 2013

Kelebihan & Fadhilat Selawat Ke atas Nabi Muhammad (S.A.W)



Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad….

Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:

1. Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11. Allah akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-Sidq.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Salam sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31. Mendapat keberkatan daripada Allah.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Wallahu’alam….
Susunan: hasnulhadiahmad.com

Rujukan:

– Al-Quran & Hadis
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
– Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w
– muftins.gov.my

Friday, March 8, 2013

Demam Durian Crepe Belum Berakhir Di Puchong..


Musim durian dah agak kurang,
namun permintaan terhadap durian crepe tetap ada.
Selagi ada durian di Puchong,selagi itu ada durian crepe.


Durian Crepe
Harga : RM10 (4)

Sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp :
019-2667760 (mas)
Puchong Utama
Penghantaran percuma sekitar Puchong
dan kami juga menyediakan penghantaran ke Putrajaya/Subang/Shah Alam
dengan pembelian lebih 3 pack

 


Mille Crepe Cake

Harga bermula rm80 (berat 1.3kg)
saiz 9 inci

Sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp :
019-2667760 (mas)
Puchong Utama
Penghantaran sekitar Puchong/Putrajaya/Subang/Shah Alam
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Networkedblogs