http://masmurni.blogspot.com/

Thursday, November 28, 2013

Skim Bantuan Tadika Selangor : TUNAS


TUNAS atau Skim Bantuan Tadika Selangor telah memulakan langkah bagi memberikan manfaat yuran untuk kanak-kanak TADIKA yang layak di Negeri Selangor. Asalkan rakyat Selangor yang layak akan memperoleh manfaat ini.
 Manfaat ini berupa yuran sebanyak RM50.00 setiap bulan bagi menampung yuran TADIKA kanak-kanak yang layak. Bukan dalam bentuk tunai tetapi dalam bentuk yuran, disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dan layak. Jumlah ini adalah besar, disalurkan setiap bulan dan pasti dapat meringankan beban yuran TADIKA. 


Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini.

Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam.
Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

Majlis Penyerahan Cek Skim TUNAS Peringkat Negeri Selangor di Foyer SUK pada 15hb November 2013. Di sempurnakan oleh YB Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor - YB Dr. Hjh. Halimah Ali


Sila hubungi Pentadbir TUNAS sekiranya ada sebarang kemusykilan

Rantaian Mesra Sdn Bhd 
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Tel: 03-55103468 / 03-55103472 
Faks: 03-5510 3455 

https://www.facebook.com/SkimBantuanTadikaSelangorSkimTunas

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers